IPCC 2018 AKAN BERMULA !
May 15, 2018

INSPIRASI : JUARA IPCC KATEGORI PERMAINAN DIGITAL  

JUARA IPCC

Sememangnya setiap kejayaan itu harus dijadikan inspirasi dan penguat semangat dalam melangkah ke dunia baru. Begitu juga dalam pertandingan IPCC kali ini. Veedo dedahkan anda dengan dua permainan digital yang pernah menempah nama di peringkat antarabangsa, dan mereka adalah Juara IPCC yang lepas.

  1. Rhythm Doctor –  Hafiz Azman (7th Beat Games)

Developer Hafiz Azman

Rhythm Doctor adalah satu permainan yang menjadi juara IPCC yang lepas dan permainan digital ini mengisahkan seorang doktor yang perlu menyelesaikan pelbagai penyakit pesakit dengan menekan butang spacebar untuk memulakan permainan. Pemain juga harus melengkapkan lagu dan melangkah ke level seterusnya, yang lebih mencabar pada mod waktu malam. Secara visual, permainan seni piksel ini adalah berwarna-warni.

Permainan digital ini diasaskan oleh Saudara Hafiz Azman dan telah dicipta pada tahun 2011 ketika beliau masih di universiti lagi . Dengan berinspirasikan permainan kegemarannya, Super Mario : Odyssey telah melahirkan pelbagai idea menarik hasil dari inspirasi permainan digital tersebut. Permainan digital ini juga pernah menjuarai Best Audio Winner in Bicfest 2017.

7th Beat Game

Bagi pendapatnya, pada era kali ini, untuk meraih kejayaan sangat susah dengan keadaan pengeluaran pasaran permainan digital semakin  meningkat. Mendapatkan nasihat dari tenaga yang lebih berpengalaman dan usaha yang konsisten adalah satu kuncinya untuk meraih kejayaan.

  1. Uri : The Sprout of Lotus Creek – Tan Zhi Wei (CMGE)

Tan Zhi Wei

Permainan yang berplatformkan  puzzle ini adalah permainan pengembaraan teka-teki yang menggunakan UI dalam permainan untuk menyelesaikan teka-teki. Menterjemahkan health bar ke dalam platform untuk berjalan, menggunakan butang jeda untuk membekukan objek di tempatnya, atau memutarkan nota muzik (butang bisu) ke dalam spring untuk melompat. Kemungkinan penggunaan UI diterokai sepanjang perjalanan Uri ketika putera muda berjalan kaki di luar istana untuk pertama kalinya. Permainan ini direka untuk platform mudah alih.

CMGE

Permainan ini mula diasaskan pada tahun 2014 oleh Tan Zhi Wei dan memulakan langkah untuk mengambil serius dalam mencipta IP sendiri pada tahun 2015. Permainan digital ini megambil masa 18 bulan untuk dibangunkan. Syarikat ini juga pernah memenangi geran IPCC pada tahun 2015 bagi  mengembangkan lagi permainan digital ini. Permainan digital ini juga tercalon  dalam beberapa Games Award di Asia dan mendapat anugerah. Antaranya ialah GMGC Tianfu Award Best Single Player Mobile Game. Ternyata, untuk menghasilkan permainan digital yang bertaraf 5 bintang, memerlukan masa yang panjang dan memerlukan kumpulan yang hebat untuk bersama membangunkan sesuatu projek.

Jadi? Pada anda yang menyertai IPCC bagi kategori permainan digital mahupun animasi, tidak hairanlah jika kemenangan anda tidak tercatan pada kali ini. Yang penting adalah usaha yang konsisten dan bekerjasama dalam menghasilkan karya-karya yang lebih hebat. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil yang lumayan. Jangan  mudah mengalah, teruskan usaha anda selagi peluang ada di depan mata. Mana tahu kali ini, anda akan menjadi juara IPCC?

baca : Tentang IPCC 2018

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *