Inspirasi IPCC : Mereka yang pernah bertanding dan meraih kemenangan dalam IPCC
May 13, 2018

MDEC Buka Kategori Terbaharu IPCC 2018

Kategori Terbaharu Ipcc

Pada tahun ini, MDEC telah membuka kategori baru bagi mereka yang meminati mencipta permainan digital. Kategori Terbaharu IPCC yang diketengahkan pada tahun ini  Ialah Prototaip Permainan Digital / Game Prototype dan Permainan Digital Komersial / Commercial-Ready Games (dibuka bermula 1 Jun 2018 – 1 Ogos 2018). Wow! Gempak kan?  Jom kita tengok apa itu prototaip permainan digital dan permainan digital komersial, serta apa hadiah lumayan yang menanti para pemenang.

Gaming Development IPCC

Apa itu Prototaip Permainan Digital? Prototaip ini adalah salah satu rekaan yang telah dihasilkan selepas proses idea generating dan idea screening, tetapi belum siap sedia untuk dilancarkan. Setelah kekemasan atau pemeriksaan dijalankan, samada prototaip tersebut berfungsi sebaiknya atau pun tidak, barulah penambahbaikan dan perkemasan semula dijalankan untuk diterbitkan. Walaupun prototaip permainan digital ini tidak dilancarkan, MDEC tetap menyediakan dana bagi mereka yang mencuba untuk menghasilkan permainan digital ini, bagi kategori terbaharu IPCC.

Games IPCC MDEC

Seterusnya permainan digital komersial. Kategori ini dibuka selepas kategori prototaip permainan digital dibuka kerana ingin memberi peluang kepada mereka yang menyertai kategori prototaip ini menyertai kategori permainan digital komersial. Permainan digital komersial ini adalah permainan yang telah disiapkan dan dikemaskan bagi bersedia untuk dilancarkan di platform-platform yang berkaitan seperti Google Apps, Apps Store dan sebagainya.  Kedua-dua kategori ini adalah berasingan.

IPCC Award

Nak tahu apa hadiah yang bakal menanti para pemenang? Pemenang akan dianugerahkan geran sehingga RM10,000 untuk menyokong pembangunan prototaip permainan mereka dan RM50,000 untuk menyokong pembangunan permainan siap komersial mereka. Kali ini juaga, MDEC turut menawarkan geran sehingga RM850,000 bagi menampung kos-kos yang terlibat di dalam pembikinan IP (Intellectual Properties) .

Disamping kos penghasilan yang diberi oleh MDEC, kemudahan lain juga disediakan bagi mereka yang berjaya dan pelbagai kelebihan yang bakal diperolehi. Antaranya ialah peluang mengembangkan karier mereka, kemudahan fasiliti tanpa had di Malaysia Animation & Creative Content Centre (MAC3) , bimbingan dari para mentor yang berpengalaman, dan semestinya geran untuk menjayakan IP!

Macam mana? Banyak kan kemudahan dan dana yang diberikan oleh MDEC kepada mereka yang Berjaya? Jangan lepaskan peluang ini, Teruskan usaha anda bagi menggenggam peluang yang ada di depan mata. Jom mulakan langkah di IPCC!

baca : Tentang IPCC 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *