Bagaimana IPCC Anjuran MDEC Boleh Membantu Pengkarya Kreatif?
April 16, 2018
Kategori Terbaharu Ipcc
MDEC Buka Kategori Terbaharu IPCC 2018
May 13, 2018

Inspirasi IPCC : Mereka yang pernah bertanding dan meraih kemenangan dalam IPCC

Anda Sudah tahu kan bagaimana cara untuk menyertai Intellectual Property Creators Challenge (IPCC) 2018 kali ini? Jadi, Memang betul lah IPCC yang dianjurkan MDEC ini membantu pengkarya kreatif di Malaysia!

Kali ini Veedo akan mendedahkan pemenang-pemenang yang pernah berjaya dalam IPCC yang lepas. Mana tahu boleh dijadikan inspirasi IPCC kali ini untuk semua.

1. Didi & Friends – DD Animation Studio Sdn Bhd

Siapa yang tak kenal dengan pengasas Animasi yang popular bukan sekadar di Malaysia, malah di negara luar hingga mendapat lebih dari 700,000,000 tontonan dilaman sesawang Youtube sejak tahun 2014. Semestinya Sinan Ismail, pengasas siri animasi Didi and Friends ! Beliau pernah menyertai IPCC pada tahun 2009 dan 2010, serta memohon geran kerajaan pada tahun 2011, tetapi ditolak. Siapa sangka pengasas animasi popular ini juga mempunyai jatuh bangun dalam industri.

IPCC Didi & Friends

Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak terhenti disitu. Beliau meneruskan percubaan untuk kali terakhir pada tahun 2012 dan usahanya berhasil ! Beliau mampu menempah kejayaan dalam Intellectual Property Creators Challenge (IPCC) 2012. Dengan tema edutainment, Digital Durian muncul dengan animasi Didi and Friends dan berjaya meraih RM50,000. Hebat kan? Memang menjadi inspirasi IPCC!

2. Oko Lele – Metal Brain Studio

MetalBrain Studio yang diketuai oleh Charlie Wai,  adalah sebuah studio animasi 3D yang memenangi anugerah yang berpangkalan di Malaysia. Mereka menghasilkan kandungan animasi yang berkualiti tinggi, segar dan kreatif dengan cerita yang menghiburkan.

Inspirasi IPCC

OKO LELE mulakan langkahnya pada tahun 2013 di Metal Brain Studios dan menjurai geran IPCC dari MDeC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) pada tahun itu. Studio ini telah menyelesaikan 20 episod, dan ditayangkan kepada orang ramai di Monsta YouTube Channel. Studio ini mengharapkan penghasilan lebih banyak kandungan pada masa akan datang. Animasi ini mempunyai kiraan tontonan lebih dari 100,000 paparan dalam satu minggu setiap pelepasan episod. Oko Lele juga ditayang di Eropah dan Rusia.

Ha! Macam mana? Hebat kan mereka-mereka yang menjadi inspirasi IPCC kali ni. Untuk meraih suatu kejayaan tidak mudah. Tetapi ada satu resepi kejayaan yang boleh menjanjikan kemenangan, berusaha dan jangan mengalah! Bak kata Vincent Van Gogh yang memulakan karyanya pada umur 27 tahun, ‘apa yang akan berlaku jika kita tidak mempunyai keberanian untuk mencuba sesuatu?’. Jadi rebutlah dan hargailah sesuatu yang ada di depan mata. Apa-apa pun Veedo ucapkan semoga berjaya dan teruskan usaha kepada semua yang menyertai IPCC!

baca : Tentang IPCC 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *