Intellectual Property Creators’ Challenge 2018 (IPCC 2018) Kembali!
April 2, 2018
Inspirasi IPCC : Mereka yang pernah bertanding dan meraih kemenangan dalam IPCC
May 13, 2018

Bagaimana IPCC Anjuran MDEC Boleh Membantu Pengkarya Kreatif?

Intellectual Property Creator’s Challenge (IPCC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) kini sedang dibuka sehingga 15 Mei 2018. 

IPCC telah mula dilancarkan sejak tahun 2006 lagi dan telah menjadi pertandingan tahunan dari tahun ke tahun tapi tahukah anda kenapa peluang sebegini dibuka kepada rakyat Malaysia?

BERIKUT MERUPAKAN PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

 

Siapakah MDEC? 

MDEC adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk membangun, mengatur dan mempromosikan ekonomi digital, informasi dan industri teknologi komunikasi (ICT) di Malaysia. Di dalam agensi ini, terdapat cabang yang memberi penumpuan dan penekanan pada pembikinan animasi dan pembangunan permainan digital.

 

Bagaimana MDEC membantu pengkarya kreatif?

Image result for question mark png

Atas inisiatif ini, IPCC diwujudkan dengan tujuan untuk menyokong dan memangkinkan pertumbuhan industri kandungan kreatif Malaysia sekaligus menjadi satu cabang peluang kepada pengkarya yang ingin mengembangkan idea dan bakat mereka ke satu tahap yang lebih tinggi tidak kira amatur mahupun profesional.

 

Peluang Mengembangkan Karier!

Image result for dd animation

Dalam pertandingan ini juga, MDEC turut membantu peserta mencari peluang untuk mengembangkan karier mereka dengan mencari pelabur dari luar negara.

 

Kemudahan Fasiliti Tanpa Had

Related image

MDEC juga turut menyedia fasiliti tanpa had di Malaysia Animation & Creative Content Centre (MAC3) di Cyberjaya atau Level Up Inc. di Bangsar turut disediakan bagi menyempurnakan produk mereka.

 

Bimbingan Dari Mentor Berpengalaman

Bukan itu sahaja, MDEC juga turut menyediakan mentor kepada setiap peserta bagi memberi bantuan,pandangan dan nasihat sekaligus dapat merealisasikan idea peserta menjadi realiti

 

Geran untuk Menjayakan IP!

Image result for pemenang IPCC mdec 2017

Pada tahun ini, MDEC turut menawarkan geran sehingga RM850,000 bagi menampung kos-kos yang terlibat di dalam pembikinan IP (Intellectual Properties) tersebut.

 

Banyak Animasi dan Game Apps Developer Yang Berjaya Setelah Memulakan Langkah Bersama IPCC

Image result for hana dan omar

Banyak syarikat animasi dan permainan digital yang memulakan langkah mereka dengan IPCC. Antaranya seperti Digital Durian, Monsta, Kami Studios, Sead Studio,Giggle Garage, Lil Critter Workshop, Wau Animation dan banyak lagi.

Kemudahan dan tawaran sudah tersedia. Apa tunggu lagi? Kejar impian bersama IPCC 2018 dengan segera!

baca : Tentang IPCC 2018

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *