Nak shoot? Jangan lupa bawa clapperboard!
January 1, 2018
Bagaimana IPCC Anjuran MDEC Boleh Membantu Pengkarya Kreatif?
April 16, 2018

Intellectual Property Creators’ Challenge 2018 (IPCC 2018) Kembali!

  1. Intellectual Property Creators’ Challenge 2018 (IPCC 2018) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dibuka bermula 1hb April 2018 sehingga 15hb Mei 2018 (Jam 6.00 petang).

Untuk pengetahuan anda, IPCC yang mula dilancarkan sejak 2006 kini telah menjadi sebuah acara tahunan bagi membuka ruang kepada penggiat-penggiat kandungan animasi dan permainan digital mengembangkan idea menjadi realiti tanpa mengira amatur dan profesional sekaligus mampu bersaing di pasaran dunia.

Antara kategori yang dibuka pada tahun ini adalah :

  1. Animasi Pendek
  2. Animasi Bersiri
  3. Prototaip Permainan Digital / Game Prototype
  4. Permainan Digital Komersial / Commercial-Ready Games (dibuka bermula 1 Jun 2018 – 1 Ogos 2018).

Untuk menyertai IPCC 2018, anda mestilah mempunyai syarikat sama ada milikan tunggal, perkongsian (dimiliki oleh warganegara Malaysia) ataupun Syarikat Sendirian Berhad (syer sekurang-kurangnya 50% dimiliki oleh warganegara Malaysia)

Pada tahun ini, IPCC 2018 telah membuat sedikit pembaharuan dengan melakukan dua pusingan pitching. Kedua-dua pusingan ini akan diadili oleh panel-panel profesional dan berpengalaman di dalam industri kreatif tanah air.

Di dalam pusingan pertama, peserta akan mempersembahkan idea dan konsep kreatif mereka kepada panel. Peserta yang disenarai pendek  akan melalui proses pusingan kedua di mana mereka perlu menghantar proposal dengan lebih terperinci dan akan membentangkan pelan produksi dan komersial mereka kepada panel.

Para pemenang IPCC 2018 berpeluang menerima : 

  1. Geran bernilai sehingga RM850,000
  2. Kemudahan tanpa had di MSC Malaysia Animation & Creative Content Centre (MAC3) di Cyberjaya atau Level Up In di Bangsar. 
  3. Bimbingan dari panel mentor bagi membantu merealisasikan idea menjadi realiti.
  4. Peluang menerima pengiktirafan antarabangsa!
Alif dan Sofia IPCC 2018

Anda bakal menempa kejayaan yang sama seperti Alif dan Sofia melalui IPCC 2018

Usah ragu-ragu lagi! Gunakan medium IPCC 2018 ini sebagai batu loncatan untuk anda merealisasikan impian anda seperti  syarikat animasi Digital Durian dan Blindspot Studios, yang turut melancarkan projek animasi Didi & Friends dan Alif & Sofia bersama IPCC!

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang IPCC 2018

baca : Kisah Kejayaan Pemilik Digital Durian

2 Comments

  1. bra says:

    the links not working…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *