Kenali Mastermind Primeworks Studios : Ahmad Izham Omar
January 1, 1970
Intellectual Property Creators’ Challenge 2018 (IPCC 2018) Kembali!
April 2, 2018

Nak shoot? Jangan lupa bawa clapperboard!

Sebagai pekerja industri perfileman anda mungkin biasa melihat papan clapperboard yang berfungsi sebagai penanda sesebuah shot atau scene bagi memudahkan kerja-kerja penyuntingan di jalankan.

Semasa proses produksi, footage dan audio dirakam secara berasingan. Bunyi ‘clap’ yang dikeluarkan oleh clapperboard akan membantu penyunting untuk menyatukan footage dan audio tersebut.

Pada clapperboard juga turut dicatatkan nombor scene, shot, take ke berapa, sound, judul filem, nama pengarah, tarikh dan nama jurukamera.

Bayangkan berapa banyak masa yang boleh dijimatkan oleh penyunting apabila anda menggunakan clapperboard? Jadi jangan ambil mudah ya?

Video ini mencerita bagaimana clapperboard membantu memudahkan produksi dan proses penyuntingan nanti.

Antaranya adalah :

  1. Memudahkan proses synchronize bunyi dan footage.
  2. Menanda footage yang tidak memerlukan bunyi.
  3. Huruf yang tidak sepatutnya digunakan untuk melabel shot.
  4. Bagaimana menggunakan slate tanpa menganggu tumpuan pelakon.

Turut terkandung dalam video ini adalah perkara yang anda tidak sepatutnya lakukan untuk menanda scene.

Di zaman serba serbi digital ini, anda juga boleh memuat turun aplikasi slate di telefon bimbit anda. Berikut adalah beberapa aplikasi slate yang terdapat di google play yang Veedo cadangkan:

  1. Film Buddy Pro slate board
  2. Slate It! beta
  3. Clapperboard / Clapboard

Tiada alasan lagi untuk produksi tidak menggunakan slate!

Comments are closed.