Kenali Mastermind Primeworks Studios : Ahmad Izham Omar
January 1, 1970
Intellectual Property Creators’ Challenge 2018 (IPCC 2018) Kembali!
April 2, 2018

Jenis Makanan Yang Boleh Menambahkan Berat Badan

Eh kau ni, kurus sangat la. Cuba la makan banyak sikit! – Antara ayat yang paling banyak diterima oleh orang kurus walaupun secara zahirnya nampak sahaja kurus, padahal bab melantak no 1. Tapi apa yang menyebabkan badan tak naik-naik?

Di sini, kami ingin berkongsi sedikit tips untuk anda, lebih-lebih lagi para karyawan kreatif yang kurus seperti terlalu banyak kerja dan tiada masa untuk makan.

Bagi orang yang terlampau kurus dan ingin menambahkan berat badan perlulah mengambil makanan yang tepat kerana ada sesetengah daripada mereka gemar mengambil jalan pintas seperti mengambil makan makanan yang tidak sihat.

Berikut adalah antara jenis makanan yang boleh diambil untuk menambah berat badan.

1. Kacang Mentega

kacang_mentega

Kacang mentega ini yang digemari lagi-lagi apabila disapu pada roti, di mana ia mengandungi 192 kalori dan mempunyai tahap protein yang tinggi.

2. Mentega

Ini adalah salah satu makanan yang disyorkan untuk menambahkan berat badan. Walaubagaimanapun, kuantiti yang perlu diambil hendaklah dihadkan kerana ia boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada hati.

3. Keju

keju_keju

Keju sering dikaitkan dalam membantu penambahan berat badan. Sekiranya seseorang mengambil keju dalam pemakanannya, kalori yang terdapat dalam keju ialah 69 memandangkan ia diperbuat daripada susu pekat yang menambahkan protein, kalsium, kolestrol dan lemak kepada badan.

4. Yogurt

yogurt_yogurt

Yogurt buah dikatakan mempunyai lemak yang mencukupi iaitu 118 kalori dan ia dikatakan bagus untuk kesihatan kerana itu adalah amaun yang perlu untuk setiap hari.

5. Nasi Perang (Brown Rice)

Nasi perang disyorkan untuk menaikkan berat badan kerana dikatakan mengandungi fiber yang tinggi dan diet karbohidrat yang diperlukan oleh badan setiap hari.

6. Kacang Benih

Mereka dikatakan penuh dengan lemak tidak tepu yang bertanggungjawab untuk semua kalori sihat kepada badan. Ia termasuk dalam diet dan untuk pengetahauan anda, kacang badam, biji labu dan walnut merupakan kacang yang mempunyai banyak khasiat.

7. Kacang Soya

Makanan yang mengandungi kalori yang tinggi di samping rasanya sedap. Kacang soya terkenal dengan protein yang banyak beserta kalsium, fiber, vitamin B dan zat besi yang bagus untuk badan.

8. Telur

telur_

Telur sangat senang untuk didapati dan murah. Telur juga penuh dengan protein, vitamin A, D, E, dan memberi kolestrol yang baik kepada badan.

9. Dada Ayam

Ini adalah salah satu makanan yang paling berkahsiat dalam menambahkan kalori dalam badan tetapi pada masa yang sama dada ayam mempunyai lemak sebanyak 78 kalori sahaja setiap kali diambil.

10. Kacang Buncis

kacang_buncis

Makanan ini merupakan makanan yang paling sesuai untuk golongan yang makan sayur sahaja.

Comments are closed.