Kenali Mastermind Primeworks Studios : Ahmad Izham Omar
January 1, 1970
Intellectual Property Creators’ Challenge 2018 (IPCC 2018) Kembali!
April 2, 2018

Idea DIY Untuk Rumah Baru

Bila nak masuk rumah baru ni, banyak betul barang nak kena beli dan banyak pula benda nak kena buat. Tetapi yang paling seronoknya, kita boleh mula dari bawah. Dari kosong. Kita boleh mengolah rumah kita dengan citarasa dan kreativiti kita.

Yang paling mudah : Tin yang kita dah tak pakai tu, boleh dijadikan tempat letak lilin atau pasu kecil (selalu pergi Cameron Highlands ‘kan selalu beli kaktus?). Cuma perlu hias sedikit dengan penyepit baju kayu. Dah nampak style ‘kan?

84308ef2762e8a3b485f7a7d7e60a9a9

Yang ini pun nampak mudah. Tanah liat (plasticine = plastersin) dibentuk mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan lilin pada tengah dan potong bahagian yang tak diperlukan mengikut bentuk yang dikehendaki. Biarkan ianya kering, dan walah!

how-to-make-faceted-clay-tea-light-holders-640

Yang ini boleh nampakkan mug kita baru dibeli dari Harrods atau kedai-kedai mahal. Cuma lekatkan pita pelekat pada bahagian yang tak mahu dikenakan cat. Spraykan cat pada bahagian yang dikehendaki (gunakan cat yang menarik seperti warna emas, silver atau warna-warna cerah. Serta pastikan warna tersebut kontra dari warna mug untuk nampakkan keunikan). Dan teknik ni bukan untuk mug sahaja.

fb0e369da77b99550d5a9bc0f9ad82de

Cetakan pada kain. Yang ini perlu buat design sikitlah. Gunakan apa sahaja barang yang ada di dalam rumah (butang, patung kecil anak, malahan gula-gula pun boleh – pastikan ianya berbentuk menarik). Gamkan pada satu laplate (papan atau benda keras). Letakkan warna dan cetakkan pada kain. Seperti biasa, warna cetakan perlu kontra dengan warna kain.

65833522c6b511ca5a2ff955e8588472

Ikatkan tali pada satu block (kayu atau bekas yang boleh dipegang – pastikan tali itu diikat secara tidak tersusun). Celup pada cat warna, dan copkan pada kertas atau kanvas ataupun kain. Boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau cetakan kain tuala.

11074189_766722276780547_2573446895815371106_n

Yang ini juga satu cara cetakan yang unik. Pastikan anak anda dah tak pakai patung mereka lagi.

11263151_766722303447211_1477267422469298327_n

Gunakan teknik cetakan. Tetapi kali ini gunakan belon. Copkan campuran warna pada kanvas atau dinding. Kemudian hiaskan untuk memenuhi citarasa anda. Jadikan bentuk buah-buahan atau binatang. Kreativiti anda.

11124505_766722286780546_1042080892844025936_n s-DIY-PROJECTS-large640

Masih simpan duit syiling 1 sen? Inilah kegunaannya. Gamkan pada bekas bunga. Hiaskan dengan bunga emas atau perak dan letakkan di tempat bercahaya.

f9ca0c95bcf1e7adf2db272e5a6246cd

Yang ini nampak macam susah sikit. Tetapi ianya projek yang menarik.

c181864d3719ee0d7ce522f5a08343a5

Nak beli lukisan mahal sangat? Dan rasanya korang pun boleh buat? Ini cara mudah. Letakkan lapisan alkohol di atas kanvas. Kemudian titiskan saja warna kontra setiap satu. Biarkan ia kering dan walah!

7484c0401f1addbc0eb75bcd02bc9f53

Lukis layout yang korang nak. Potong majalah korang nipis (pastikan sama saiz – eksperimen untuk saiz yang berbeza) dan lekatkan mengikut bentuk layout yang korang dah lukis tadi. Cara dia sama dengan Pendidikan Seni kita pernah belajar dulu. Seni kolaj.

5ada6e9224cf2e35c51e382fa5462c42

Banyak sangat majalah? Susun rapat-rapat dan ikatkan dalam 10 setiap satu. Jadikan sebagai bata untuk menjadi penghadang atau dinding rumah. Cuma pastikan ianya mampat dan tak jatuh dengan memasang kerangka pada awalnya dahulu.

66116_5_800 66116_3_800

Idea ini juga menarik. Pastikan kreativiti anda tak terhad.

2fbd1ae348ab17519573e55f54431777

Jadikan benda-benda comel sebagai hiasan rumah.

f7701ae45ea386db80ab59c8e5de773b

Krayon yang dah tak pakai tu, framekan mengikut bentuk yang menarik. Ingat. Krayon ni ada warna yang menarik. Selang selikan dengan warna- warna yang berbeza.

IMG_6357

Surat khabar pun boleh dikitar semula. Cuma lekatkan pada dinding untuk menggantikan cat dan wallpaper. Pastikan jangan letak berita yang depress pula.

wallpaper-newspaper-animal-heads-no-source

Plywood atau papan tebal pun boleh dihias dengan pelbagai collectables kita. Macam saya, nak buat macam ni untuk koleksi keychain saya!

bdd974ea75e65e749282317d173149cd

Yang ini agak bahaya sikit. Pastikan pakai sarung tangan dan perkakasan yang sesuai. Bila dah siap, memang cantik.

b21558fca4bb5fe21accbc15ef296c5f

Kita buat pelita raya tahun ini cara urban pulalah. Bekas kaca yang terbuang tu, diisi dengan minyak. Penutupnya ditebuk dan masukkan sumbu dan jadilah pelita!

a2e2392965a8be85aa25891029790c2a

Kalau dah gila butang, apa pun boleh jadi.

618cedc91c17748b8cdb01ac869a4b5f

Itu sahaja buat masa ini! Kongsikan pandangan dan idea korang di bawah.

Comments are closed.