Veedo (Primeworks Studios Sdn. Bhd.) boleh menukar Polisi Data Peribadi dan Privasi dari semasa ke semasa dan anda akan dimaklumkan melalui emel ataupun mana-mana medium pemakluman di dalam laman sesawang Veedo. Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa polisi berkenaan.

Kesemua usaha dan langkah amalan yang munasabah dibuat untuk memastikan bahawa mana-mana Data Peribadi yang dipegang oleh Primeworks Studios Sdn. Bhd. adalah terkini dan dilindungi daripada hilang, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pengaksesan tanpa izin dan tanpa sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemusnahan.