Fakta-Fakta Mengejutkan Tentang Watak Joker
August 23, 2017
Filem Patriotik Tempatan Sepanjang Zaman
September 5, 2017

Senarai Penuh Tayangan Filem Bulan September 2017

0
0
0
Jumlah
0

Kepada kaki-kaki wayang, ini dia kami sediakan senarai penuh tayangan filem yang bakal menjengah panggung pada bulan September ini. Banyak filem menarik yang wajib anda tonton dan pasti ada filem yang menepati selera anda. Jom kita tengok filem apa yang akan keluar.

SHUBH MANGAL SAVDHAN

Tarikh tayangan: 1 September 2017

Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mudit Sharma yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Mudit dan Sugandha bertunang dan perkahwinan mereka ditunggu-tunggu oleh kaum keluarga masing-masing. Apa yang membimbangkan Mudit ialah dia menghadapi masalah ‘kelelakian’ lalu mencuba pelbagai nasihat yang diberikan rakan-rakannya untuk mengubati masalah mati pucuk. Saksikan filem romatik/komedi ini di pawagam sekarang!

RENEGADES

Tarikh tayangan: 1 September 2017

Sinopsis: Sekumpulan tentera laut cuba untuk menyelesaikan misteri yang lama tersimpan dalam masa yang sama untuk menyingkap khazanah tersembunyi di dalam tasik. Khabar angin mengatakan ianya adalah koleksi emas Nazi yang telah lama hilang dan bernilai ratusan juta dollar. Dalam usaha untuk membantu penduduk setempat, mereka bertindak ganas merancang untuk merompak emas tersebut dan memulangkannya kepada pemiliknya dalam masa yang singkat. Namun, perancangan mereka dihidu oleh pihak musuh dan mempunyai hanya 10 jam untuk melaksanakan misi mereka.

KAU TAKDIRKU

Tarikh tayangan: 7 September 2017

Sinopsis: Kamar (Remy Ishak) dalam diam menyimpan perasaan terhadap adik angkatnya, Alya (Ezzaty Abdullah) yang berkahwin dengan Harris (Bront Palarae) iaitu teman baik Kamar sendiri. Setelah Harris hilang di lautan, Kamar mengahwini Alya untuk menggantikan tempat Harris dan atas permintaan keluarga. Krisis terjadi apabila Harris kembali semula mencari Alya.

IT

Tarikh tayangan: 7 September 2017

Sinopsis: Apabila satu demi satu kanak-kanak mula hilang di bandar Derry, Maine, tujuh orang kanak-kanak dikenali sebagai The Losers Club (Kelab Orang Malang) bersama-sama cuba merungkai misteri itu. Mereka berdepan dengan badut jahat bernama Pennywise. Pennywise mempunyai sejarah pembunuhan dan keganasan berabad lamanya. 27 tahun selepas pertemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula menghilang kembali, lalu mereka bersatu kembali untuk menghentikan kejahatan itu untuk selama-lamanya.

MRS K

Tarikh tayangan: 7 September 2017

Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang wanita yang mengorbankan segalanya yang dia miliki demi melindungi suami dan anaknya dari musuh-musuh masa silam yang memburunya.

LOGAN LUCKY

Tarikh tayangan: 7 September 2017

Sinopsis: Pasangan adik-beradik Jimmy dan Clyde Logan cuba untuk menukar sumpahan ke atas keluarga mereka. Mereka cuba untuk menukar sumpahan tu dengan cubaan merompak semasa perlumbaan Coca-Cola 600 di Charlotte Motor speedway di Concord, North Carolina ketika berlangsungnya minggu Hari Peringatan.

HANTU GUNUNG KAWI

Tarikh tayangan: 7 September 2017

Sinopsis: Bapa Ryan, Drajat, berkelakuan aneh dari hari ke hari. Drajat memakan tanah dan kupasan buah-buahan, bercakap dengan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti orang tidak waras. Ryan yang berusia 17 tahun bimbang jika ianya berpunca dari kilang rokok Drajat yang bakal bankrap. Satu hari, Ryan secara tidak sengaja terjumpa gambar lama bapanya ketika muda yang diambil di Gunung Kawi. Gambar-gambar ini mungkin merupakan klu penting buat Ryan untuk mencari punca apa yang menyebabkan bapanya berkelakuan sebegitu dan mencari jalan penyelesaian.

THE SINKING CITY :CAPSULE ODYSSEY

Tarikh tayangan: 7 September 2017

Sinopsis: Hong Kong ialah tempat yang penuh dengan penipuan. Di bandar yang makmur ini,ada sekumpulan orang yang terpaksa tinggal didalam ‘space capsule’, iaitu bilik seminar yang dibahagi menjadi ruang tamu yang kecil. Sekumpulan orang bergelut untuk mendapatkan gaya hidup yang ideal dan yang menggambarkan semangat Hong Kong.

THE MIMIC

Tarikh tayangan: 14 September 2017

Sinopsis: Hee-Yeon pindah berpindah ke kampung halamannya berdekatan Gunung Jang, dengan harapan ibu mertuanya mengingati bagaimana dia kehilangan anaknya, Jun Suh. Suatu hari, berdekatan Gunung Jang, Hee-Yeon bertemu seorang kanak-kanak perempuan yang mengingatkannya kepada Jun-Suh. Kerana simpati, Hee-Yeon menyediakan tempat tidur hingga dia bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Perlahan-lahan, kanak-kanak perempuan itu mula meniru nama, suara dan rupa anak perempuan Hee-Yeon, Jun-Hee dan mula memanggil Hee-Yeon Ibu. Apabila kanak-kanak perempuan itu memasuki rumah, perkara aneh mula terjadi pada keluarga itu.

INNOCENT CURSE AKA KODOMO TSUKAI

Tarikh tayangan: 14 September 2017

Sinopsis: Sebuah pekan di pinggir bandar dikejutkan dengan siri misteri kehilangan kanak-kanak dan kematian orang dewasa yang mencurigakan. Khabar angin tersebar di internet mengatakan yang mana-mana orang dewasa yang bertemu kembali dengan kanak-kanak yang hilang akan mati dengan misteri selepas tiga hari. Wartawan surat khabar tempatan, Shunya Ezaki enggan percaya yang kanak-kanak membunuh orang dewasa dan mula menyiasat kebenaran disebalik kematian yang aneh itu.

NO GAME NO LIFE: ZERO

Tarikh tayangan: 14 September 2017

Sinopsis: Enam ribu tahun sebelum Sora dan Shiro menjadi kerdipan dalam sejarah Disboard, peperangan memenuhi bumi, memusnahkan bebintang dan Syurga, juga ancaman kepupusan manusia. Dalam tengah-tengah kekacauan dan kemusnahan, seorang lelaki muda bernama Riku mengetuai manusia kearah hari baru. Suatu hari dalam runtuhan bandar Elf, Riku bertemu dengan Shuvi, android mesin yang dibuang dan meminta Riku untuk mengajar apa ertinya memiliki hati manusia.

BISIK PADA LANGIT

Tarikh tayangan: 21 September 2017

Sinopsis: Wak Selamat ialah bapa kepada Siti Hajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebagai seorang ayah, Wak melakukan segala yang termampu untuk memenuhi impian satu-satunya puterinya. Kedua-dua abang Siti Hajar juga sanggup mengorbankan masa depan mereka supaya adik mereka dapat melanjutkan pelajaran. Keluarga mereka meletakkan harapan tinggi pada Siti Hajar apabila dia akhirnya berjaya ke Perth, Australia. Namun, keadaan berubah apabila Siti Hajar terlibat dalam satu kemalangan dan Wak perlu mencari jalan untuk menjenguk anaknya di Perth yang sedang koma.

KINGSMAN: THE GOLDEN CIRCLE

Tarikh tayangan: 21 September 2017

Sinopsis: Kingsman ialah agensi bebas antarabangsa yang beroperasi pada kadar kebijaksanaan yang paling tinggi untuk memastikan keselamatan dunia. Dalam “Kingsman: The Golden Circle”, hero-heronya menghadapi halangan baru. Apabila ibu pejabat mereka dimusnahkan dan dunia dijadikan tebusan, perjalanan mereka membawa kepada penemuan organisasi pengintip yang bersekongkol di Amerika Syarikat dipanggil Statesman. Dalam pengembaraan baru mereka yang menguji kekuatan dan batas agen-agen tersebut, kedua-dua organisasi elit rahsia ini bergabung bersama untuk menjatuhkan musuh yang sama demi menyelamatkan dunia.

NAILS

Tarikh tayangan: 21 September 2017

Sinopsis: Dana Milgrom (Shauna Macdonald) ialah pelatih trek dan seorang ibu yang terselamat dari kemalangan kereta yang hampir meragut nyawa dan menyebabkannya lumpuh. Terpaksa berkomunikasi menggunakan program suara dan bergantung dengan mesin pernafasan, dia percaya bahawa terdapat kehadiran entiti dipanggil Nails (Kuku) didalam bilik hospitalnya. Tiada siapa pun yang mempercayainya, termasuk suaminya sendiri yang menyangka dia mengalami gangguan mental. Apabila perkahwinannya mulai hancur dan menggugat kehidupan realitinya, Dana berjuang untuk meyakinkan doktor dan staf bahawa Nails (Kuku) wujud dan ingin memusnahkannya.

9.13  THE RETURNING

Tarikh tayangan: 21 September 2017

Sinopsis: Pada tarikh 13 September 1972, satu kejadian menyayat hati terjadi di Parit Buntar dimana feri yang membawa 20 orang tenggelam. 17 darinya ialah pelajar dan masyarakat menyalahkan Ah Han walaupun dia tidak bersalah. Ah Han ialah pemandu bas dibenci oleh masyarakat setempat. Walaupun selepas 12 tahun, Ah Han masih lagi tidak dapat melupakan kesakitan dan kejadian tragik itu. Suatu hari, Ah Han tiba-tiba berang dan keluar dari rumah lalu menghilang. Keesokan harinya, mayat Ah Han ditemui di sungai. Kerana kehilangan ayahnya, Ah Mei, anak kepada Ah Han nekad untuk pulang ke kampung halaman untuk mencari kebenaran. Dia memulakan ‘misi’ pencarian kebenaran.

THE LEGO NINJAGO MOVIE

Tarikh tayangan: 21 September 2017

Sinopsis: Dilatih oleh seorang Master yang sudah tua, enam ninja menjadi hero pada malam hari untuk menumpaskan raksasa dan mempertahankan pulau mereka, Ninjago. Selain perlu menyembunyikan identiti mereka sebagai pejuang rahsia, seorang ninja muda, Lloyd atau lebih dikenali sebagai Ninja Hijau, perlu berdepan dengan panglima perang, Garmadon, yang sebenarnya ialah ayah kandungnya.

MOTHER!

Tarikh tayangan: 28 September 2017

Sinopsis: Perhubungan sepasang suami isteri teruji dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang di rumah mereka dan mengganggu ketenangan rumah tangga mereka.

CHASING THE DRAGON

Tarikh tayangan: 28 September 2017

Sinopsis: Ho (Donnie Yen) menyelinap ke Hong Kong dari Tanah Besar China pada era 60an. Pada ketika itu, Pasukan Polis Hong Kong bekerjasama dengan organisasi rahsia dibawah pemerintahan British. Korupsi berleluasa pada ketika itu. Ketua Detektif Lee Rock (Andy Lau) menghargai kehebatan dan kemahiran Ho dalam berlawan, lalu membantunya melepaskan diri dari seksaan polis British. Ho berterima kasih atas bantuan Rock. Suatu malam ketika perbalahan antara geng samseng, Ho telah membantu Rock hingga menyebabkannya kehilangan kaki kanan. Semenjak itu, mereka berdua menjadi akrab dan Rock membantu Ho untuk menjadi ketua dalam empayar dadah. Rock dan Ho menjadi sangat berkuasa dan memerintah dua dunia yang berbeza di Hong Kong. Krisis berlaku apabila penubuhan ICAC yang memaksa Rock untuk bersara lebih awal dan Ho masih ingin meluaskan kuasanya.

JUDWAA 2

Tarikh tayangan: 29 September 2017

Sinopsis: Dua orang kembar lelaki merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang jujur telah terpisah semasa lahir. Salah seorang dari kembar itu disangka telah mati tetapi telah hidup berdikari di jalanan dan menjadi seorang yang tabah. Setelah ditakdirkan kembali ke pangkuan keluarga, kedua kembar itu berganding tenaga untuk memusnahkan siri penyeludupan yang boleh menjatuhkan mereka.

THE FOREIGNER

Tarikh tayangan: 30 September 2017

Sinopsis: Quan (Jackie Chan) ialah seorang ahli perniagaan kecil yang memiliki restoran Cina di kota London. Beliau menyimpan dendam kesumat apabila restorannya hancur diserang oleh pengganas dan ingin membalas dendam.

Ha itu dia kami sediakan senarai penuh tayangan filem untuk bulan ini. Jadi tunggu apa lagi? Book the date!

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda