Kre8tif! 2017, Acara WAJIB PERGI Untuk Pengkarya Kreatif Seperti Anda!
June 23, 2017
7 Kisah Seram dan Aneh Yang Berlaku Ketika di Set Penggambaran
July 5, 2017

Pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak, Malaysia

Hampir 7000 pengunjung menyerbu taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) pada hari pertama pembukaannya. Dicipta dari usahasama antara Perak Corporation Berhad dan Sanderson Group yang asalnya dijangka akan dibuka pada tahun 2015 tetapi telah ditunda pada Jun 2017.  Apa yang menarik sangat taman tema ini sampai menjadi perhatian masyarakat dalam dan luar negara?

Taman tema pertama yang berpusat di Asia ini mengandungi tarikan berdasarkan Animasi DreamWorks, The Smurfs, dan banyak lagi. Dibina dengan kos RM520 juta di Ipoh, Perak, MAPS dijangka menjadi destinasi impian yang paling menarik untuk semua peminat animasi. Taman tema ini mempunyai lebih 40 tarikan dan dianggarkan akan menarik berjuta pengunjung sepanjang tahun pertama pembukaannya.

ANIMATION SQUARE

Animation Square. Dengan bangunannya yang menarik dan warna-warna yang digunakan mampu  menjadi salah satu daya tarikan para pengunjung . Anda tidak akan terlepas dengan bangunan-bangunan ini malah menjadi kunjungan pertama selepas sahaja anda masuk pintu pagar utamanya. Antara tarikan luar biasa yang bakal anda kunjungi ialah termasuk The home of Boboiboy, Boboiboy 4D Adventure theatre, Space Face Fancy Dress, Monkey Business Toy and Candy Shop, dan banyak lagi.

BLAST OF ZONE

Blast off Zone adalah zon yang harus anda kunjungi . Dengan pertunjukan LIVE animasi interaktif The Smurfs Theatre hingga ke The Wormhole Technologies anda akan menjumpai sesuatu yang menarik ketika pengembaraan anda. Sambil anda berseronok , anda juga boleh berehat sambil menikmati hidangan di Starship Restaurant dan Starpot Court.

 

DREAMZONE 

Dreamzone adalah suatu tempat yang membawa anda meneroka ke dalam dunia filem dan siri animasi kegemaran anda, yang lama dan baru dengan aktiviti yang menyeronokkan. Antara tarikan disini ialah,

THE CROODS CRAZY CHASE

MEGAMIND MEGADROP TOWER

DREAM THEATRE

CASPER’S BIRTHDAY BLAST

MR.PEABODY & SHERMANS TIME ADVENTURE

Pelbagai lagi tempat yang menarik yang telah dibina di MAPS ini  bukan hanya untuk golongan kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa juga boleh berseronok dan datang ke sini untuk menikmati pelbagai hiburan animasi kegemaran mereka.

TARIKAN UTAMA. (LAND AND ATTRACTIONS)

By Zones

  • Animation square
  • character Appearance
  • Center Stage
  • Boboiboy Hero Academy
  • Boboiboy 4D Adventure Theatre
  • Blast off Zone
  • The Smurfs Theatre
  • The Smurfs Partyland
  • Dreamzone
  • The Croods Crazy Chase
  • Mr.Peabody & Sherman’s Time Adventure
  • Dream Theatre
  • Caspers’s Birthday Blast
  • Megamind Megadrop Tower
  • Fantasy Forest Zone
  • Zugo’s Crystal Quest
  • Upside Down Pyramid
  • The Adventure HQ Tree House
  • Red Baron
  • Fantasy Carousel
  • Coral Kingdom
  • Coliseum Water Play
  • Cave Of Wonders
  • Lakeside Zone
  • Space X-Plorers
  • Hyperspin
  • Asteroid Attack
  • Live Action Zone
  • Stunt Legend Arena

Harga Tiket

Categories

Normal Rates (MYR)

Online Rates (MYR)

Adult

190

152

Child

150

152

Senior Citizen/Disabled

150

152

Mykad Holder

148

144

Mykid Holder/

Senior Citizen Mykad Holder

148

114

Semestinya Movie Animation Park Studios (MAPS)  ini bakal menjadi salah satu tarikan baru di Malaysia.

Lokasi:

0
0
0
Total
0

Tinggalkan Komen Anda