18th DigiCon6 ASIA (Malaysia)
July 1, 2016
IPCC Call 2 kini dibuka sehingga 18 Ogos 2016!
July 19, 2016

Pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman wakil Malaysia ke Adobe Certified Associate (ACA) World Championship di Florida

0
0
0
Jumlah
0

Adobe Certified Associate (ACA) World Championship adalah sebuah pertandingan grafik bertaraf dunia yang menguji skil, kepakaran dan kreativiti pelajar dalam menggunakan perisian Adobe photoshop, Illustrator dan In design.

Baru-baru ini, Adobe Certified Associate (ACA) World Championship telah julung kalinya diadakan di Malaysia bagi menyediakan platform baru kepada pelajar seni rekabentuk dan memperkenalkan karya mereka ke peringkat antarabangsa.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Acestar Sdn Bhd ini turut berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 penyertaan grafik daripada pelajar peringkat menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Adobe-ACA-ACA-Championships_Winner_Ng-Hwa-Ee_300616-906x1280

Poster rekaan Ng Hwaa Ee yang berjaya menobatkan beliau sebagai Juara

Bertemakan ‘Membasmi Kemiskinan Menerusi Kemajuan’peserta perlu mencipta poster berdasarkan aktiviti yang dijalankan oleh Projek TRY (Transforming Rural Youth), sebuah badan NGO yang turut bekerjasama dalam pertandingan ini.

Kemuncak pertandingan pada 29 Jun yang lalu telah menyaksikan Ng Hwa Ee, pelajar dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dinobatkan sebagai juara sekaligus berpeluang mewakili Malaysia di Adobe Certified Associate (ACA) World Championship di Florida,USA dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Tempat kedua dimenangi oleh Nur Najlaa binti Aminariff yang mewakili Universiti Teknologi Petronas manakala tempat ketiga menjadi milik He Jia Peng dari Universiti Lim Kok Wing.

IMG_0210a

Di majlis kemuncak tersebut, Acestar Sdn Bhd turut membawakan sesi perkongsian daripada Adobe, HP, Digital Durian,Cinema 4D dan juga Inspidea. Selain itu, mereka turut memperkenalkan pelajar kurang pendengaran dari pengkhususan seni dan rekabentuk bagi memperkenalkan kebolehan mereka kepada umum.

 

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda