Kisah Perit Pelukis Fenomena Vincent Van Gogh
September 28, 2017

Kenali Apa Itu Motion Capture

0
0
0
Jumlah
0

Pasti and semua tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan motion capture bukan?

Motion capture atau lebih dikenali sebagai mocap tidak asing lagi dalam industri Perfileman, Permainan Video dan Animasi. Teknologi ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an lagi. Ia merupakan satu proses untuk merakam pergerakan anggota badan manusia atau objek lain dan kemudian akan disatukan di dalam  karakter 3D. Proses ini biasanya dilakukan di studio dengan beberapa peralatan kamera yang khusus supaya dapat menangkap gerakan marker yang menyerupai bola-bola kecil.

 

contoh marker yang digunakan dalam motion capture.

Semasa melakukan penggambaran, Karakter  dan juga Background  akan dilekatkan dengan marker. Marker-marker tersebut akan merakamkan semua pergerakan yang dilakukan oleh model tersebut. Penggunaan mocap dalam industri filem ataupun animasi membuatkan pergerakan sesuatu karakter lebih smooth jika dibandingkan dengan penggunaan software 3D.

Berikut merupakan proses dalam penghasilan motion capture

 

Teknik Split Performance

Salah satu teknik motion capture yang sering digunakan dalam industri game pada masa kini ialah teknik split performance dimana proses merakam mimik muka dan juga gerakan tubuh dilakukan secara berasingan.Oleh kerana menggunakan teknik split performance, ia mengambil dua rakaman imej berbeza. Yang pertama adalah untuk merakamkan ekspresi muka dan suara pelakon secara serentak dimana beberapa bahagian wajah pelakon akan dipasangkan dengan marker. Seterusnya pula ialah proses merakam pergerakan badan.

Contoh pembikinan Game The Uncharted

 

Teknik Full Performance

Projects Kara menggunakan teknik full performance capture, dimana gerak tubuh, mimik muka dan juga suara dirakam serentak.David cage iaitu Ceo bagi syarikat Quantic Dream memberitahu bahawa mereka mahu mendapatkan emosi yang lebih realistic ke dalam game. Jika menggunakan Split Performance, kadangkala gerak badan dan juga ekspresi muka tidak selari kerana rakaman dilakukan pada waktu berbeza.

Di Sebalik tabir Project Kara yang menggunakan full performance capture

Oleh itu syarikat Quantic Dream telah mengambil keputusan untuk menambahkan kamera mocap mereka dari 28 kepada 64 kamera. Dengan penggunaan teknik full performance, maka pergerakan serta ekspresi yang dihasilkan ternyata lebih baik. Teknik ini juga telah digunakan oleh filem terkenal seperti Avatar dan juga animasi The Adventure Of Tintin.

Di sebalik tabir The Adventures Of Tintin arahan Steven spielberg

 

Jadi macamana?, Dah tahu dah serba sedikit tentang motion capture lepas baca artikel ni?, Haa disini kami nak kongsikan disebalik tabir pembikinan Game Gods of wars 4 yang menggunakan teknologi motion capture, Game ini bakal dikeluarkan pada awal tahun 2018 di platform konsol Playstation 4.

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda