Dah Hantar Filem Pendek anda di Kre8tif! 2017?
July 11, 2017
Ralph Sosa, Disebalik watak-watak The Simpsons
July 27, 2017

Masa Depan Virtual Reality dan Augmented Reality

Masa Depan AR & VR
0
0
0
Jumlah
0

Teknologi VR dan AR telah menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat. Tapi apakah sebenarnya VR dan AR ini? Apakah kaitannya dengan masa depan dan realiti dunia? Ada kaitan dengan smarthome? Apakah perbezaannya? Mari kita lihat apakah sebenarnya VR dan AR ini.

VIRTUAL REALITY (VR)

Virtual Reality atau secara ringkasnya VR ialah sebuah teknologi yang membuat pengguna dapat berinteraksi dengan lingkungan yang ada dalam dunia maya yang disimulasikan oleh komputer, sehingga pengguna merasa berada di dalam lingkungan tersebut. Ia juga dikenali sebagai Telepotasi mental. Penghasilan sistem teknologi VR ini dikaitkan dengan penghasilan sensorama yang dicipta oleh Morton Heilig pada tahun 1962. Ia juga direka seperti kabinet arkad yang berada di pusat hiburan. Dengan tayangan 3D, tempat duduk yang menghasilkan getaran, stereo sound, kipas dan indria pengeluar (deria rasa), pemain akan merasakan seperti ada di masa depan.

Pada tahun 1968, Ivan Sutherland, Saintis MIT Komputer atau dikenali sebagai godfather of VR display, telah mencipta The Sword of Diamond, headset VR pertama.

Ivan bersama pasukannya MIT telah memulakan eksperimen headset maya yang pertama. Ivan juga telah mencipta sketchpad pada tahun 1963 iaitu sebuah perisian canggih untuk kit senireka komputer dan ia merupakan satu kejayaan dalam interaksi human computer. Kejayaan VR ini telah dicapai pada tahun 1987 di mana istilah Virtual Reality telah dicipta. Istilah itu dicipta oleh Jaron Lanier seorang ahli falsafah komputer  dan saintis computer dari Amerika.

Virtual ’berdasarkan kamus Etamology ialah “being something in effect, though not in actually or in fact” –Douglas Haper.

Idea VR adalah penghampiran dengan realiti digital tapi bukan realiti. Semenjak penciptaannya sekitar tahun 60-an, perkakasan VR dikeluarkan dan kebanyakannya di universiti makmal penyelidikan dengan bentuk yang lebih besar. VR juga banyak membantu dalam bidang terapi seperti PTSD (Posttraumatic stress disorder ). Banyak syarikat seperti Nintendo, NEC yang mencuba untuk mengetengahkan VR ke pasaran namun penyebab kegagalan utamanya ialah tiada konsep teknologi di dalam nya. Namun hari ini, VR semakin relevan digunakan oleh 3D gamers, artis, arkitek dan ejen hartanah, guru dan pelajar sehingga ke angkasawan. Bermula dari kegagalan, akhirnya VR menjadi suatu kebanggaan pada hari ini.

AUGMENTED REALITY (AR)

Augmented reality atau dikenali Mixed reality adalah teknologi yang lain dari VR. Tujuan utamanya bukanlah untuk membuang dunia realiti dan teleport ke dunia yang lain atau masa depan, tetapi sebaliknya ia menambah sesuatu yang lebih menarik ke dalam dunia realiti dengan objek maya didalamnya.

Pokemon GO merupakan antara aplikasi yang menggunakan teknologi AR. Selain dari Pokemon Go, ada juga aplikasi lain seperti snapchat yang mempunyai pelbagai filter wajah yang sudah menggunakan bentuk primitif Augmented Reality. Istilah Augmented Reality dikaitkan dengan bekas penyelidik Boeing, Thomas Corder 1990 yang mana Augment adalah berasal dari Bahasa Latin atau Guerro yang bermaksud menambah atau ditambah. Oleh itu, teknologi AR ini menambah dunia realiti sekarang dengan sesuatu yang digital. Augmented reality juga menunjukkan kejayaannya. Antara projek penting yang masih diusahakan menggunakan teknologi ini adalah projek Hololens yang dihasilkan dari syarikat Microsoft.

Kini, AR dan VR mendapat permintaan yang sangat tinggi. Penggunaannya terus melonjak dan giat dieksperimentasi. Tidak hairan sekiranya pasa masa akan datang ia bakal menjadi sesuatu yang normal sama seperti teknologi telefon bimbit dan komputer.

 

Ingin tahu apa yang anda boleh lakukan lagi dengan VR & AR dan impak teknologi ini kepada masa depan? Acara Kre8tif! 2017 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bakal membawakan Race Krehel, Pengarah Kreatif Syarikat VR Warrior9. Jadi dapatkan tempat anda di Kre8tif! 2017 sekarang!

 

 

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda