Digital Durian
Pelopor Animasi | Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Sinan Ismail, Digital Durian
August 7, 2017
Fakta-Fakta Mengejutkan Tentang Watak Joker
August 23, 2017

5 Perkara menarik tentang Laptop OMEN by HP yang kaki gamer perlu tahu!

0
0
0
Jumlah
0

Seperti yang kita sedia maklum jenama HP sangat dikenali dalam penghasilan komputer riba bagi tujuan perniagaan. Namun pada masa kini, syarikat HP sangat rancak dalam menghasilkan Laptop Gaming.

Tahukah anda, jenama terbaharu komputer Riba keluaran HP iaitu OMEN yang dilengkapi perisian Windows 10, memenuhi citarasa kaki permainan video.

Di sini kami senaraikan 5 kelebihan OMEN by HP  yang anda semua perlu tahu.

 

1.Reka bentuk yang sangat menarik

Laptop Gaming OMEN by HP muncul dalam saiz 15 inci dan juga 17 inci.

Mempunyai berat 2.57kg bagi saiz 15 inci dan 3.7kg bagi saiz 17 inci.

Kombinasi warna hitam dan papan kunci berlampu merah membuatkan  OMEN by HP tampak lebih garang.

Laptop Gaming2. Dilengkapi dengan Carbon Fiber

Cover belakang dilengkapi dengan carbon fiber yang membuatkannya lebih tahan lasak. Serta mempunyai sistem pengudaraan yang sangat baik. Jadi anda tak perlu risau jika bermain permainan video dalam jangka masa yang lama.

3. Sistem bunyi yang memuaskan

Dilengkapi dengan sistem bunyi Bang & Elufsion yang memberikan kepuasan maksimum kepada para gamer semasa bermain permainan video . Bagi penggunaan headphone pula, penggunaan sistem bunyi 2.1 amat membantu dalam penghasilan bass yang lebih jelas dan efisien.

4. Spesifikasi Future Proof

Menggunakan Graphic Card GTX 1070 8GB GDDR5 , Processor Intel® Core i7-7700HQ 6 MB cache, Ram 16gb ddr4 dan 1tb Storage.

Harga bagi setiap unit bermula dari RM 8,899.

5.Prestasi permainan video luar biasa

OMEN by HP dilengkapi dengan pemprosesan Intel Core i7 -7700HQ  yang semestinya menjadikan kelajuan permainan video yang maksimum.

Skrin resolution 4k dan 1080p 120hz pula menambahkan lagi penglihatan yang lebih jelas kepada para gamers ketika bermain permainan Video.

Grafik kad NVIDIA GEFORCE GTX 1070 pula memberikan permainan yang lebih lancar dalam setting Ultra.

Haa macam mana puas hati tak dengan Laptop Gaming Keluaran HP ni? Untuk maklumat lanjut bolehlah layari  www.OMENbyHP.com.my atau tengok video dibawah ni.

 

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda