PEMBANTU RUMAH DIHUJUNG JARI (Smarthome)
July 11, 2017
Masa Depan AR & VR
Masa Depan Virtual Reality dan Augmented Reality
July 19, 2017

Dah Hantar Filem Pendek anda di Kre8tif! 2017?

0
0
0
Jumlah
0

Berita baik kepada pengkarya di luar sana!

Kre8tif! 2017 kembali lagi pada tahun ke 6. Julung kalinya pada tahun ini, Kre8tif! 2017 membuka penyertaan bagi penghantaran filem pendek kepada umum. Penyertaan ini dibuka buat semua golongan termasuklah profesional dan amatur. Ini merupakan salah satu komponen di dalam acara Kre8tif! 2017, sebuah acara istimewa khusus buat penggiat kandungan kreatif di Malaysia.

Acara yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini tidak lain bertujuan untuk memberi inspirasi dan penerokaan trend utama kepada industri kandungan kreatif Malaysia.

Karya yang dihantar ini akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang telah digariskan penganjur. Antara kriteria tersebut adalah kreativiti, ekspresi, kualiti reka bentuk dan artistik. Durasi bagi setiap video pula tidak melebihi dari 5 minit. Hasil kerja haruslah dalam bentuk kandungan digital iaitu animasi grafik komputer (2D/3 D) ataupun filem live-action dengan penggunaan kesan khas visual (Visual FX).

 

Karya yang terpilih juga bakal ditayangkan di Kre8tif! Conference dan Kre8tif! Content Festival 2017. Tarikh tutup penghantaran ialah 21 Julai 2017. Untuk maklumat lanjut, layari https://kre8tif.mdec.my/

Selain penghantaran filem pendek, Kre8tif! 2017 juga turut mengadakan pencalonan Kre8tif! Lifetime Achievement Award yang didedikasikan untuk mana-mana individu yang memberi inspirasi dan menyumbang dalam industri kreatif di Malaysia. Individu yang dicalonkan tidak hanya terhad kepada yang sudah bertapak di dalam bidang seni kreatif. Jadi, anda boleh mencalonkan mana-mana individu yang anda rasakan layak samada pensyarah anda atau idola anda!

Tarikh tutup untuk pencalonan Kre8tif! Lifetime Award adalah pada 21 Julai 2017.

 

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda