Teknik Asas Sinematografi Bagi Pembikin Filem Gen-Y
June 19, 2017
Pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak, Malaysia
July 4, 2017

Kre8tif! 2017, Acara WAJIB PERGI Untuk Pengkarya Kreatif Seperti Anda!

Kre8tif! kembali lagi untuk tahun ke 6!

Kre8tif! merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berperanan untuk membangunkan bahan-bahan kreatif di dalam industri di Malaysia.

Pelbagai acara telah diaturkan oleh pihak MDEC menerusi acara Kre8tif! pada bermula Mac tahun ini. Antaranya adalah Kre8tif! Kids, Kre8tif! Costume Fun Run, Kre8tif! Conference, Kre8tif! Festival serta Kre8tif! Midnight Madness.

Acara Kre8tif! Fun Run yang bertujuan untuk memperkenalkan watak animasi tempatan dan luar negara kepada orang awam.

Kre8tif! bertujuan untuk menyemarakkan inovasi dan eksplorasi trend terkini merentas sektor kreatif. Misi Kre8tif adalah untuk menjadikan acara ini sebagai acara istimewa buat pengkarya Kreatif. Acara ini turut membawakan speaker dari dalam dan luar negara. Antaranya termasuklah Ralph Sosa, pengarah animasi terkenal The Simpsons.

Kre8tif! Kids dijalankan sebanyak dua kali merupakan bengkel 1 hari sempena cuti sekolah bagi memperkenalkan asas animasi. kepada kanak-kanak.

Selain itu, Kre8tif turut menganjurkan pertandingan filem pendek, Kre8tif! Lifetime Achievement Award Nomination dan Kre8tif! Business Matching 2017 khas buat pengkarya animasi, content creator, kesan khas visual, stesen-stesen TV mahupun pelajar. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Untuk pengetahuan lanjut, mengenai Acara Kre8tif! 2017, layari www.kre8tif.mdec.my

0
0
0
Total
0

Tinggalkan Komen Anda