Ralph Sosa, Disebalik watak-watak The Simpsons
July 27, 2017
Digital Durian
Pelopor Animasi | Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Sinan Ismail, Digital Durian
August 7, 2017

Kenali Mastermind Primeworks Studios : Ahmad Izham Omar

Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Izham Omar? Beliau merupakan mastermind Primeworks Studios yang serba boleh dalam pelbagai bidang! Dilahirkan pada Disember 1969 di Petaling Jaya, Ahmad Izham Omar ialah individu yang disegani dalam industri di Malaysia. Sedikit latar belakang mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, beliau menamatkan pengajian sarjana muda di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1991. Beliau kemudiannya menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Suffolk University, Boston dalam jurusan pentadbiran perniagaan.

Mastermind Primeworks Studios

Pada usia 47 tahun, Ahmad Izham Omar merupakan peneraju utama dalam Primeworks Studios (PWS), iaitu anak syarikat penciptaan kandungan bagi Media Prima Berhad. Beliau juga merupakan salah seorang speaker untuk Persidangan Kre8tif! 2017 yang bakal berlangsung pada 9 Ogos hingga 12 Ogos ini, Ahmad Izham Omar dikenali sebagai seorang yang sentiasa dengan misinya untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik.

Beliau juga pernah dianugerahkan Most Promising Entrepreneur Award oleh Enterprise Asia selain turut diterima sebagai wakil di dalam acara Asia Society 21 Young Leader’s Summit dan mendapat anugerah Lifetime Achievement Award oleh Voice of Independent Music Awards (VIMA) atas sumbangannya dalam bidang muzik. Ahmad Izham Omar juga merupakan Pengerusi bagi Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) dan merupakan salah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi Yayasan 1 Malaysia. Wah, betapa banyak misi dan sumbangan Ahmad Izham Omar dalam industri seni di Malaysia.

Mastermind Primeworks Studios ini tanpa diragui memang serba berbakat. Jadi, kalau anda mahu mengenali siapa Ahmad Izham Omar dengan lebih dekat lagi, jangan lupa untuk menghadiri Persidangan Kre8tif! 2017 yang bakal berlangsung pada 9 Ogos hingga 12 Ogos ini. Book the date!

0
0
0
Total
0

Tinggalkan Komen Anda