Animasi hebat
EL EMPLEO, Animasi Yang Memenangi 102 Anugerah di Seluruh Dunia!
September 5, 2017
7 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu Tentang Animasi Ejen Ali!
September 27, 2017

Ada Apa Dengan Japanese Film Festival Malaysia 2017?

0
0
0
Jumlah
0

Anda peminat filem Jepun? Japanese Film Festival 2017 kini sedang berlangsung, bermula 7 September akan menyajikan anda 12 filem Jepun terbaik. Filem-filem tersebut sedang ditayangkan di panggung GSC terpilih di seluruh Malaysia sehingga 1 Oktober ini.

Berikut kami senaraikan filem-filem Jepun yang bakal ditayangkan di Japanese Film Festival!

1. Her Love Boils Bathwater

Sinopsis: Mengisahkan tentang Futaba yang merupakan seorang ibu tunggal yang tegas tetapi penyayang, hidupnya bagaikan hancur apabila mengetahui beliau menghidapi kanser dan cuma ada beberapa bulan sahaja untuk terus hidup. Dengan azam baru dan masa yang singkat, dia nekad untuk untuk membawa suaminya pulang ke rumah, membuka semula perniagaan rumah mandi yang mereka tutup sebelum ini, dan melatih anaknya supaya lebih berdikari dalam sisa masa yang tinggal. Dalam usahanya untuk mendamaikan keluarga mereka yang berpecah-belah sebelum segalanya terlambat, segala perkara yang terpendam akhirnya terungkai juga.

2. Midnight Diner 2

Sinopsis: Setiap hari bermula dari tengah malam hingga subuh, restoran di lorong Shinjuku menjadi tumpuan bagi orang ramai. Restoran tersebut cuma menyediakan satu menu sahaja, tetapi selagi beliau mampu, pemilik kedai misteri yang dikenali sbagai “Master” itu akan cuba memenuhi permintaan pelanggannya. Beliau akan mendengar segala masalah mereka dan memberikan nasihat yang baik kepada semua pelanggan yang datang untuk makan dan berbual pada lewat malam. Setiap orang mempunyai cerita yang tersendiri, dan selama bertahun lamanya mereka akan datang untuk merasai masakan air tangan “Master” dan pulang ke rumah dengan penuh kelegaan.

3. ReLIFE

Sinopsis: Arata Kaizaki ialah seorang lelaki berumur 27 tahun yang hidup menganggur setelah berhenti dari kerjanya yang bertahan selama 5 bulan. Dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Ryo Yoake yang menggesanya untuk mengambil bahagian dalam program eksperimen integrasi sosial dipanggil ReLife. Program itu membolehkannya meremajakan dirinya 10 tahun lebih muda dan kesan itu akan kekal untuk setahun. Arata kembali ke sekolah menengah dan menjalin persahabatan yang rapat dengan sekumpulan rakan sekelasnya, sambil mengetahui apabila kesan ubat itu hilang, dia akan dipadam dari ingatan mereka.

4. Rudolf The Black Cat

Sinopsis: Rudolf, seekor kucing yang naif dan selalu duduk di rumah sentiasa mahu meronda di kawasan kejiranannya. Pada suatu hari, perasaannya untuk mengembara membuak-buak menyebabkan ia sesat di bandar besar dan berjumpa dengan Ippaiattena. Ippaiattena ialah seekor kucing jalanan yang berpengalaman dengan kemampuan membaca bahasa manusia. Mereka berdua menjalinkan persahabatan yang akrab dan Rudolf menyedari bahawa banyak lagi perkara tentang dunia yang perlu ia pelajari.

5. Samurai Hustle Returns

Sinopsis: Ketika era Jepun Edo, tuan-tuan feudal perlu melakukan perarakan-perarakan yang mahal untuk sebagai tanda menghormati panglima agung tentera Jepun. Dengan kekurangan masa dan wang, golongan sederhana Masaatsu Naito dan orang-orangnya hampir tidak berjaya untuk menghadiri upacara ritual. Sebelum mereka dapat menyambut upacara tersebut, mereka menerima berita bahawa terdapat pemberontakan berlaku di kampung mereka setelah dihasut oleh saingan samurai.

6. Seto And Utsumi

Sinopsis: Seto dan Utsumi merupakan dua orang rakan sekolah yang cukup berbeza – seorang ialah extrovert, sukakan sukan dan seorang lagi ialah anti sosial dan suka menyendiri. Mereka selalu melepak di tepi sungai yang terletak di tengah-tengah bandar dan bercerita tentang apa-apa hal yang terlintas di minda seperti tentang sekolah, gadis dan apa-apa saja. Mereka berdua cuba untuk untuk memikirkan tentang hal-hal kehidupan dan sekeliling mereka, juga perkara-perkara aneh dalam kehidupan.

7. Survival Family

Sinopsis: Seorang lelaki pertengahan umur yang hidup makan gaji dan isterinya yang merupakan suri rumah, hidup dalam kesuraman di flat tipikal Tokyo bersama anak perempuan mereka yang ketagih menggunakan telefon pintar serta anak lelaki yang menyembunyikan emosinya disebalik gadget. Berada dalam zon selesa mereka, suatu hari mereka dikejutkan dengan ketiadaan elektrik di seluruh dunia. Apabila gangguan elektrik berterusan dan bekalan elektrik semakin berkurang, keluarga itu melarikan diri ke kawasan luar bandar dalam pengembaraan yang penuh dengan gelak tawa dan pengajaran.

8. Teiichi: Battle Of Supreme High

Sinopsis: Teiichi Akaba mempunyai satu impian iaitu untuk menghancurkan saingannya, menjadi Perdana Menteri, dan memerintah kerajaannya sendiri. Tetapi pertama sekali, kuasa pemerintahan yang didambakannya harus bermula di sekolah menengahnya, institusi elit dan seterusnya politik. Isu sabotaj, rasuah, ritual membunuh diri dan kehancuran menimbulkan persaingan antara Teiichi dan saingan-saingannya yang lain yang ingin merebut jawatan Presiden sekolah.

9. The Long Excuse

Sinopsis: Mengisahkan tentang perkahwinan yang tidak bermakna antara seorang penulis terkenal, Sachio dan isterinya Natsuko yang amat menyokong suaminya. Apabila isterinya terkorban dalam kemalangan dengan bas , dia tidak berasa sedih dan terpaksa berlakon dalam kesedihan kerana kehilangan isteri. Perkara itu telah menarik perhatian Yoichi, seora­ng suami yang benar-benar kecewa apabila turut kehilangan isterinya dalam kemalangan yang sama. Dengan alasan yang tidak begitu jelas, Sachio dengan sukarela ingin menjadi pengasuh anak-anak Yoichi sementara dia pergi bekerja. Hal ini membuka jalan baru bagi pemulihan Sachio.

10. The Projects

Sinopsis: Pasangan suami isteri yang sudah berusia menutup kedai herba mereka dan berpindah ke kompleks perumahan awam dan berazam untuk membina semula kehidupan mereka selepas kehilangan yang tragis. Tetapi ianya tidak mudah seperti yang disangka apabila hal itu menjadi bualan jiran-jiran tetangga. Komuniti disitu menjadi kecoh dengan khabar angin apabila si suami tiba-tiba hilang. Apabila khabar angin itu menjadi keterlaluan hingga menarik perhatian pihak polis dan media, kebenaran terungkai dan lebih aneh dari gosip yang didengar.

11. Tora – San Of Goto

Japanese film festival

Sinopsis: Difilemkan selama 22 tahun, potret keluarga yang akrab ini merupakan puak Inuzuka yang tinggal di Pulau Goto, Nagasaki. Tora menjalankan perniagaan membuat mi Udon dengan bantuan isteri dan tujuh anaknya. Masa berlalu dengan pantas, pelbagai peristiwa yang mereka sekeluarga hadapi bermula dengan kelahiran, membesar dan berakhir dengan perpisahan yang kemudiannya bersatu kembali. Kisah ini memberi pandangan yang mendalam dan menngharukan tentang ikatan unik merentas generasi.

12. Tsukiji Wonderland

Sinopsis: Tsukiji, dikenali sebagai pasar ikan yang terbesar di dunia menjadi kegemaran rakyat Jepun sejak ia mula dibuka lapan tahun yang lalu. Mempunyai lebih daripada 600 pemborong yang telah mendedikasikan kehidupan mereka untuk membekalkan hasil laut yang terbaik, perdagangan yang luar biasa di Tsukiji adalah bukti kebanggaan dan keazaman mereka.

13. Asian Three Fold Mirror 2016

Sinopsis: Pengarah filem Brillante Ma Mendoza, Isao Yukisada dan Sotho Kulikar membentangkan tiga cerita yang saling berkaitan dalam rantau Asia. Dalam kisah Shiniuma Dead Horse, pendatang tanpa izin dari Filipina diusir dan dipaksa memulakan kehidupan baru di tanah air yang tidak diziarahinya dalam beberapa dekad. Lokasi penggambaran terletak di Pulau Pinang, kisah Pigeon pula memberi tumpuan kepada persaudaraan akrab antara pekerja kesihatan Malaysia dan warga Jepun yang menderita penyakit demensia. Manakala kisah Beyond The Bridge Chronicles pula mengisahkan tentang kisah cinta dua insan dari negara berbeza, Jepun dan Kemboja yang berada dalam kancah perang saudara dan sedang dalam pembinaan semula.

14. Blank 13

Sinopsis:Mengisahkan tentang Koji yang menemui bapanya setelah 13 tahun tidak berjumpa tetapi mendapati bahawa bapanya menghidapi kanser dan hanya tinggal tiga bulan sahaja untuk terus hidup. Bapanya merupakan seorang kaki judi dan merosakkan hubungan kekeluargan mereka dengan hutang. Hal itu membuatkan ibu serta abangnya memendam kebencian terhadap bapanya. Tetapi Koji masih mempunyai simpati terhadap bapanya dan berkongsi memori tentang minat mereka terhadap besbol. Tiba hari pengebumian ayanhnya, mereka sekeluarga bertemu dengan rakan-rakan ayahnya yang aneh.

Wah…seronok kan filem-filem dari Japanese Film Festival ini? Jadi, jangan lupa dapatkan tiket anda secepatnya!

Tempahan tiket boleh dilakukan di kaunter GSC atau secara online di sini.

Untuk lebih info tentang tayangan filem-filem ini, layari laman web rasmi Japanese Film Festival Malaysia.

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda