Pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman wakil Malaysia ke Adobe Certified Associate (ACA) World Championship di Florida
July 15, 2016
Jadi orang terawal main Pokemon Go di Malaysia!
July 19, 2016

IPCC Call 2 kini dibuka sehingga 18 Ogos 2016!

Intelectual Properties Creator Challenge (IPCC) adalah sebuah inisatif MSC Malaysia yang memberi peluang kepada pengkarya-pengkarya muda terutamanya dalam bidang animasi dan permainan kasual bagi merealisasikan karya mereka dari idea menjadi realiti dengan cara pemberian geran, fasiliti di MAC3 serta konsultasi dari pakar.

IPCC yang dijalankan sejak 2006 telah berjaya membuka peluang kepada banyak syarikat animasi termasuklah syarikat Digital Durian yang menghasilkan animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Didi and Friends.

didi and friends2

Didi and Friends antara produk animasi yang mengorak langkah dengan IPCC

Bagi menggiatkan lagi pencarian IP animasi dan permainan kasual, IPCC telah dijalankan sebanyak 2 kali pada tahun ini.

Panggilan pertama yang dibuka pada bulan Mac lalu telah berjaya mengumpukan lebih dari 70 penyertaan dan geran bernilai RM50,000 telah diberikan kepada 10 pemenang  bagi membangunkan IP mereka.

Panggilan kedua mula dibuka pada 18 Julai 2016 sehingga 18 Ogos 2016. Pemenang IPCC Panggilan kedua ini bakal menerima geran sehingga RM100,000 bagi kategori animasi pendek manakala geran RM50,000 bakal diberikan kepada pemenang kategori permainan kasual.

ipcc_ad_square

Segera hantarkan penyertaan anda sebelum 18 Ogos 2016. Geran sehingga RM100,000 ini mungkin menjadi milik anda!

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.veedo.my/ipcc.

0
0
0
Total
0

Tinggalkan Komen Anda