5 Perkara menarik tentang Laptop OMEN by HP yang kaki gamer perlu tahu!
August 22, 2017
Senarai Penuh Tayangan Filem Bulan September 2017
September 1, 2017

Fakta-Fakta Mengejutkan Tentang Watak Joker

Biasanya, hanya watak-watak superheroes yang menjadi kegilaan dan pujaan peminat filem DC seperti Superman, Batman, Green Lantern dan pelbagai lagi. Namun, satu-satunya watak villain atau si penjahat yang sering menjadi ikutan dan meniti di bibir-bibir pencinta filem pastinya The Joker dari filem The Dark Knight. Watak Joker yang dilakonkan oleh mendiang Heath Ledger ini telah ditayangkan pada tahun 2008 dan menerima banyak pencalonan dalam acara anugerah berprestij. Selain itu, watak Joker juga telah memenangi Oscar, menjadikan Ledger sebagai antara individu termuda yang berjaya merangkul anugerah Oscar. Watak Joker telah meninggalkan impak yang mendalam buat pencinta filem, namun, adakah anda tahu apa yang terpaksa dilalui oleh Ledger demi menjayakan wataknya itu? Jom kita lihat fakta Joker yang mengejutkan.

1. Ledger mahukan watak Batman

Fakta tentang Joker
Ledger pada mulanya mahu melakonkan watak Batman namun akhirnya mendapat watak Joker. Individu yang mahu Ledger untuk melakonkan watak Joker nampaknya tidak tersalah percaturan yang akhirnya membawa nama Ledger sebagai pemenang Oscar.

2. Watak Joker menakutkan Michael Caine


Fakta Joker yang seterusnya akan mengejutkan anda. Watak Joker yang dibawakan oleh Ledger amat natural dan seakan-akan watak nyata hingga pelakon terkenal, Michael Caine menyatakan bahawa beliau tidak dapat melihat orang lain yang mampu melakonkan watak Joker sebaik Ledger. Bagi Caine, watak Joker amat menakutkan dan tidak sepatutnya menjadi watak yang begitu murung. Tetapi Ledger berjaya mencipta Joker menjadi karakter seorang penjahat yang psiko.

3. Pelakon pertama yang memenangi Oscar kerana watak penjahat


Semua orang tahu pelakon yang akan memenangi Oscar bukanlah dari filem superheroes. Kebiasaannya, pemenang Oscar ialah dari filem seni ataupun filem yang sarat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Kemenangan Ledger yang tidak disangka-sangka kerana watak penjahat telah mengejutkan ramai orang. Ledger mencipta sejarah apabila beliau berjaya memenangi Oscar kerana watak jahat dan merupakan yang pertama untuk memenangi Oscar setelah kematiannya.

4. Ledger mengasingkan diri


Untuk memberi impak yang lebih mendalam dalam watak, terdapat satu teknik yang digunakan dalam lakonan iaitu method acting. Method acting ialah apabila pelakon tersebut akan mula berfikir dan menjalani kehidupan seperti yang dituntut karakter, baik dari segi psikologi mahupun fizikal. Dengan cara ini, pelakon dapat mendalami dan menjayakan watak yang diberi. Fakta Joker iaitu Ledger mengasingkan dirinya dan membayangkan jika dirinya seorang yang tidak waras. Bersendirian untuk tempoh masa yang lama membuatkan Ledger sedar bagaimana rasanya menjadi seseorang seperti Joker. Ledger terpaksa berhenti seketika dengan teknik method acting apabila ia mula mempengaruhi hubungan peribadinya.

5. Clockwork Orange


Ledger mendapatkan inspirasi untuk peranannya dari filem Clockwork Orange. Clockwork Orange yang ditayangkan pada tahun 1970an merupakan filem yang paling gila pada era itu. Kelakuan aneh oleh karakter di dalam filem perlu dilakonkan seakan-akan ianya asli, sama seperti perilaku orang yang kurang waras. Ledger membawakan wataknya dengan baik sekali dan tiada orang lain yang mampu melakukannya sebaik Ledger.

6. Ledger mahu Christian Bale memukulnya


Seperti yang dikatakan, Ledger mahu melakukan lebih lagi untuk watak Joker. Ledger yang menggunakan teknik method acting untuk menghidupkan lagi watak Joker meminta Bale untuk memukulnya dalam salah satu babak ketika Joker disoal. Beliau sanggup menahan kesakitan dipukul hanya untuk karakter tersebut.

7. Jurnal peribadi Joker


Ledger dikenali dan dijangka untuk melakukan perkara-perkara aneh dan pelik ketika di set penggambaran The Dark Knight. Ini kerana dia tidak mahu lari dari karakter diluar waktu set. Sesetengah mereka tidak setuju akan tindakan Ledger yang dianggap melampau hanya demi lakonan. Namun bagi orang lain pula, peranan ini dianggap sesuatu yang serius dan menuntut dedikasi. Ledger menyimpan jurnal peribadi yang hampir menyerupai penulisan orang kurang waras. Penulisannya penuh dengan perkara-perkara gila dan mengarut, sehingga ada yang menyangka Ledger hampir menjadi gila seperti wataknya.

8. Joker ialah seorang genius!


Perdebatan yang tiada hujungnya tentang sama ada si Joker ialah seorang yang kurang waras atau sebenarnya ialah seorang genius yang berselindung disebalik karakter itu. Ledger memastikan dia menjalankan peranannya sebaik mungkin, supaya semua orang tahu yang Joker ialah seorang yang bijak dalam kegilaannya. Dia melakukan segalanya dengan penuh strategi dan tidak rasional. Tiada logik disebalik semua semua perancangannya.

9. Ledger suka mengubah dan menambah baik babaknya


Tidak ramai pelakon yang suka menambah baik babak yang dilakonkan dan bagi yang melakukannya, mereka melakukannya dengan serius. Seseorang itu perlulah berbakat untuk melakukan sesuatu dengan spontan dan tidak dijangka untuk watak tersebut. Ledger akan sentiasa menambah sesuatu dalam adegan lakonannya ataupun hanyut dalam memainkan wataknya. Yang lebih mengejutkan, kebanyakan babak yang tidak ada di dalam skrip akhirnya muncul di skrin.

10. Ledger mendandan dan menyolek dirinya sendiri


Jurumekap profesional yang telah dilantik untuk filem The Dark Knight sepatutnya melakukan solekan untuk Ledger. Tetapi Ledger mahu menerapkan elemen dan persepsi karakter Joker di dalam lakonannya, dia menyolek dirinya sendiri tanpa bantuan jurusolek profesional. Beliau tidak mahu sentuhan yang sempurna untuk solekannya untuk kesan natural, sama seperti bagaimana orang kurang waras mengecat wajahnya sendiri.

11. Ledger selalu kelihatan seperti orang gila ketika di set


Semua orang tahu yang Ledger suka meluncur dengan papan luncurnya di set. Tetapi dia kelihatan sedikit menakutkan lebih-lebih lagi jika dia masih lagi dengan pakaian dan solekan untuk watak Joker. Persekitaran set yang relaks membuatkan Ledger lebih menonjol dari yang lain.

12. Senyumannya ialah ‘Senyuman Glasgow’

Fakta Joker
Fakta Joker yang seterusnya akan menakutkan anda. ‘Senyuman Glasgow’ ataupun Glasgow smile asalnya merupakan tanda yang mewakili satu kumpulan ganas di Scotland. Mereka akan menanda mangsa mereka dengan memotong dari mulut ke telinga yang meninggalkan parut. Dengan cara itu, mangsa tidak akan melupakan mereka.

13. Babak letupan yang tidak ada di dalam skrip – Ledger merupakan dalangnya


Fakta Joker yang seterusnya akan membuat anda geli hati. Antara babak yang paling epik di dalam filem The Dark Knight ialah ketika Joker berpakaian seperti seorang jururawat di hospital. Ledger tidak peduli bagaimana rupanya dan apa orang lain fikir. Letupan yang berlaku di dalam babak itu sepatutnya berlaku selepas beberapa ketika namun Ledger mengambil alat kawalan itu dan menekan butang ketika orang lain tidak bersedia. Dia melakukannya untuk membuatkan babak tersebut kelihatan asli dan sebagai watak Joker, itulah perkara gila yang akan dilakukannya.

14. Memakai topeng


Kita sedia maklum yang Ledger suka menambah baik babak di dalam filem The Dark Knight. Terdapat satu babak yang benar-benar menonjol dan diingati iaitu ketika bank dirompak dan Ledger memakai topeng. Topeng yang dipakai itu telah dipilih dengan teliti dan ia merupakan topeng yang dipakai oleh Romero dalam siri pada tahun 1960an.

15. Kematiannya memberi impak besar kepada filem The Dark Knight


Kematian Ledger yang tidak lama selepas tamatnya sesi penggambaran The Dark Knight membuatkan orang ramai berfikir bahawa Ledger menghadapi tekanan kerana terlalu mendalami wataknya sebagai Joker. Ramai pelakon handalan tampil untuk melakonkan babak-babak yang tertinggal semasa sesi penyuntingan akhir. Kesemua mereka akhirnya menyumbangkan bayaran lakonan mereka kepada anak perempuan Ledger.

Sumber:  The Change Post 

 

0
0
0
Total
0

Tinggalkan Komen Anda