Filem Patriotik Tempatan Sepanjang Zaman
September 5, 2017
Ada Apa Dengan Japanese Film Festival Malaysia 2017?
September 12, 2017

EL EMPLEO, Animasi Yang Memenangi 102 Anugerah di Seluruh Dunia!

Animasi hebat
0
0
0
Jumlah
0

Filem animasi pada hari ini tidak asing lagi bagi seluruh lapisan masyarakat. Kali ini, Veedo akan mengupas tentang sebuah animasi hebat yang telah memenangi 102 anugerah iaitu El Empleo (pekerjaan). Antaranya adalah Grand Jury Prize di ANIMA – Corboda International Animation Festival 2009, Grand CoralFirst Prize di Havana Film Festival 2008, Audience Award – Hiroshima International Animation Festival  2010 dan Best Short Film di Lleida Latin – American Film Festival 2008.

Filem pendek Animasi ini dicipta oleh Santiaso Grasso dari Argentina  yang memberi makna “Bekerja untuk manusia”Animasi hebat dari opusBOU ini menggambarkan manusia yang bekerja sebagai objek. Kebanyakan animasi, memberi ending yang menggembirakan, tetapi tidak pada animasi ini kerana pengakhirannya yang mengejutkan dan ditinggalkan dengan persoalan. Mari kita rungkaikan apa maksud disebalik animasi ini.

Animasi ini menunjukkan perjalanan manusia yang diibaratkan seperti roda. Animasi ini mulanya dikejutkan apabila seorang lelaki terduduk menjadi sebuah meja dan dikejutkan lagi apabila seorang lelaki berdiri menjadi sebuah lambu. Dengan menggunakan manusia sebagai objek yang menjalankan rutin yang seakan sama setiap hari. Gerak isyarat yang sama, gerakan yang sama, cara dan langkah yang sama. Fakta-fakta yang ditunjukkan didalam animasi ini sangat mendalam. Animasi ini juga menunjukkan struktur kehidupan manusia. Besar kemungkinan animasi ini menjadi cerminan kepada orang awam. Malah mungkin menunjukkan tentang sinisnya diri kita sendiri.

Pada pengakhiran animasi ini menunjukkan seorang lelaki yang awalnya seperti seorang atasan yang bekerja di pejabat, tetapi hanya menjadi alas kaki di situ. Gambaran ini menunjukkan, sehebat mana kita berada sekarang, setinggi mana kita berada hari ini, tidak menunjukkan dimana kita pada hari yang akan datang. Mungkin berada di lorong gelap yang penghuninya hanyalah bangkai dan tulang rapuh? Siapa tahu kan?

Banyak lagi mesej-mesej tersurat dan tersirat yang terdapat dalam animasi pendek ini yang boleh dijadikan pengajaran. Biarpun hanya berdurasi 6 minit 24 saat, pelbagai fakta yang boleh dikaitkan dengan manusia hari ini yang boleh diambil sebagai iktibar. Mungkin dapat menyedarkan sesuatu yang anda tidak pernah sedar.

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda