7 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu Tentang Animasi Ejen Ali!
September 27, 2017
Kenali Apa Itu Motion Capture
September 29, 2017

Kisah Perit Pelukis Fenomena Vincent Van Gogh

0
0
0
Jumlah
0

Bagi anda yang menggemari kesenian secara spesifiknya lukisan, pastinya anda mengenali Vincent Van Gogh,pelukis sepanjang zaman yang pernah menjadi fenomena sekitar 1890 tahun yang lalu. Walaupun 127 tahun telah berlalu namun nama beliau masih terukir di helaian kertas. Malangnya nama dan karya Van Gogh terkenal hanya selepas kematian beliau. Karyanya sangat popular kerana telah melampaui zaman. Hebatnya beliau kerana telah menghasilkan 2100 karya seni termasuk 860 lukisan cat minyak.

Lelaki kelahiran Zundert, Belanda ini lahir pada 30 Mac 1853 memutuskan menjadi pelukis pada 1881 selepas pulang dari Borinage, Belgia. Menjadi seorang pelukis pada umur 27 tahun tidak menjadi alasan untuk berada dalam bidang ini. Tetapi keputusannya itu tidak dipersetujui oleh keluarganya. Satu-satunya orang yang menyokong Van Gogh untuk terus berada dalam bidang ini adalah adik lelakinya, Theo Van Gogh, seorang usahawan yang berjaya.

Vincent dan Theo Van Gogh

Vincent Van Gogh hidup berpindah-randah dan beliau juga sempat melukis beberapa objek yang terdapat di bandar Belanda dan Perancis. Ketika beliau tinggal di Arles, Perancis,  Vincent Van Gogh menghidapi masalah mental. Hal ini menyebabkan beliau memotong telinga kirinya dan memberikannya kepada seorang pelacur. Kejadian ini berlaku pada tahun 1888. Ada sesetengah pihak juga mengatakan Van Gogh menyerahkan keratan telinganya itu kepada seorang wanita muda yang bernama Gabrielle yang bekerja sebagai tukang cuci di cafe De La Gare dan berkata “jaga benda ini dengan hati-hati”.

Ear Cutting

Disebabkan penyakitnya itu, Vincent Van Gogh dirawat di Rumah Sakit Jiwa Sant-Remy, Perancis pada 1889-1890. Walaupun menderita dengan masalah mentalnya itu, Van Gogh tetap setia untuk melukis dan banyak karya fenomenanya yang dihasilkan di situ dan antaranya The Starry Night, The Olives Tree dan Country Road in Provence by Night. Dalam menghasilkan karya, Theo lah yang menjadi penguat semangat kepada beliau untuk terus melukis. Keakraban mereka jelas terbukti apabila penyakit Van Gogh berulang, Theo terpaksa mengeluarkan wang untuk membiayai perubatan abangnya.

The Hospital

Theo jugalah orang yang bertanggungjawab untuk menjual lukisan-lukisan Van Gogh yang berkualiti itu. Malangnya Theo gagal untuk menjual lukisan yang dilukis tetapi isteri Theo, Johanna Bonger meneruskan perjuangan suaminya untuk menjual lukisan-lukisan hingga akhirnya satu per satu lukisan Van Gogh mulai laku dan dikenal dunia.

Pada 28 Julai 1890 di Aures-Sur-Oise, Perancis Vincent Van Gogh telah meninggal dunia pada usia 37 Tahun. Sebahagian besar spekulasi yang dipercaya, Van Gogh membunuh diri kerana menderita dengan masalah mentalnya. Tetapi selepas penelitian dilakukan selama 10 tahun, penulis mengatakan kematiannya bukanlah kerana membunuh diri tetapi terbunuh tanpa sengaja. Menurut penulis, Van Gogh ditembak oleh dua anak kecil yang dikenalinya, anak kepada pemilik senjata api rosak. Ini kerana, Van Gogh lebih memilih untuk melindungi anak-anak kecil itu dengan mengaku menembak diri-sendiri. Enam bulan yang seterusnya pula, Theo juga pergi mengikuti abangnya dan jasad beliau disemadikan di sebelah kubur abangnya.

Sehingga kini lukisan Van Gogh tercatat sebagai lukisan yang termahal di dunia. Antara lukisan yang menjadi fenomena dunia ialah Potrait of Dr.Gachet, The Starry Night dan The Potatoes Eaters.

Starry Night Vincent Van Gogh

The Starry Night

 

Dr.Gachet

Portrait of Dr.Gachet

 

The Potatoes Eaters Van Gogh

The Potatoes Eater

Hebatkan Vincent Van Gogh? Siapa sangka karya yang dilukis lebih 100 tahun oleh pelukis yang ketika hidupnya langsung tidak dikenali kini menjadi fenomena. 27 tahun masih belum lambat untuk berkarya. Yang penting usaha!

Lihat karya lukisan Naluri Lisa Adams di sini.

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda