The Rock gemuk demi filem Central Intelligence?
July 1, 2016
Pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman wakil Malaysia ke Adobe Certified Associate (ACA) World Championship di Florida
July 15, 2016

18th DigiCon6 ASIA (Malaysia)

0
0
0
Jumlah
0

DigiCon6 Asia, sebuah pertandingan yang mengalu-alukan penyertaan daripada pengkarya yang berbakat dalam bidang filem dan animasi di seluruh Asia kembali lagi bagi mencari idea-idea baru dan segar bermula harini.

Pertandingan yang terbuka tanpa mengira amatur ataupun professional ini di anjurkan oleh Tokyo Broadcasting System Television selama 18 tahun. Pada tahun ini, Veedo dengan sokongan MDEC telah diberi tanggungjawab selaku penganjur DigiCon6 Asia di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, DigiCon6 mencari penyertaan berbentuk CGI, animasi dan ‘Live action’ tanpa mengira amatur ataupun profesional.

Juara bagi pertandingan ini bakal menerima wang tunai sejumlah RM5,000 beserta lawatan ke Tokyo, Jepun bagi menyaksikan sendiri acara DigiCon6 Asia yang melibatkan 10 buah negara antaranya Jepun, China, Hong Kong, Taiwan, India, Korea, Filipina, Singapore dan Thailand.

Selain itu, DigiCon6 Malaysia turut menyediakan hadiah berupa wang tunai bagi tempat kedua, kategori Next Gen dan kategori pilihan penonton.

5 penyertaan yang terpilih turut mewakili Malaysia dan bersaing bersama penyertaan dari seluruh Asia.

Untuk maklumat lanjut tentang DigiCon6 Asia, sila layari http://www.veedo.my/digicon6/

0
0
0
Jumlah
0

Comments are closed.