Filem Termahal Dalam Sejarah Malaysia
June 1, 2017
Rekaan Keyboard Mekanikal Seperti Mesin Taip!
June 7, 2017

Media Prima Digital Tampil Dengan Aplikasi WANITA Untuk Kecergasan Dan Gaya Hidup Sihat

0
0
0
Jumlah
0

Sibuk dengan kerjaya seharian selalu dijadikan alasan untuk tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tahukah anda mengabaikan amalan- amalan sebegini mampu menjejaskan kesihatan anda? Secara umumnya, aktiviti kecergasan perlu dilakukan 20 minit sehari dan 3 kali seminggu bagi memastikan kesihatan yang berpanjangan. Atas inisiatif inilah Media Prima Digital  kini tampil dengan aplikasi terbaru mereka, Wanita- aplikasi kecergasan wanita pertama di Malaysia.

Media Prima Digital bersama inkubatornya Media Prima Labs sebelum ini pernah meraih pelbagai kejayaan melalui aplikasi mereka Ejen Ali: Emergency dan MATA Training Academy.

Aplikasi Wanita menawarkan pelbagai kandungan video menarik merangkumi rutin senaman dan kecergasan selain tips-tips dan informasi berguna untuk para wanita. Video-video senaman yang disediakan juga amat memudahkan pengguna yang baru memulakan aktiviti sihat, tidak mempunyai masa atau malu untuk ke gimnasium.

Aplikasi tersebut turut menampilkan selebriti terkenal Malaysia yang dilantik menjadi jurulatih  termasuklah Atilia Harun,Nana Al Haleq,Murad Zaidi, Ais Rashid dan ramai lagi.

Sebahagian daripada coach yang terlibat di dalam aplikasi Wanita

Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma ini turut menawarkan pakej in-app purchase kandungan premium yang berharga 7.90 sebulan untuk pengguna yang inginkan kandungan yang lebih eksklusif. Antara kandungan premium yang ditawarkan adalah rutin Yoga Stick, Back Roller Theraphy & Fat Blaster (terapi untuk pesakit slipped disc).

Aplikasi Wanita

Sekitar majlis pelancaran Aplikasi Wanita

Muat turun aplikasi Wanita secara percuma di Android dan IOS.

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda