Kenali Mastermind Primeworks Studios : Ahmad Izham Omar
July 31, 2017
5 Perkara menarik tentang Laptop OMEN by HP yang kaki gamer perlu tahu!
August 22, 2017

Pelopor Animasi | Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Sinan Ismail, Digital Durian

Digital Durian
0
0
0
Jumlah
0

Didi and Friends, siri animasi hasil karya Digital Durian sememangnya digilai oleh kanak-kanak dari lingkungan umur seawal 1 tahun hingga 6 tahun. Animasi ini bukan sekadar hiburan semata-mata namun turut menerapkan pembelajaran secara santai. Selain Didi & Friends, Digital Durian kini kembali dengan siri animasi baru berkonsepkan Islamik iaitu Omar dan Hana yang ditayangkan di Astro Ceria.

Didi & Friends pernah mencetuskan fenomena sekaligus mempopularkan konsep siri animasi kanak-kanak yang menerapkan pendidikan dan hiburan. Selain berhibur dan belajar,  animasi ini juga turut menerapkan nilai-nilai murni dan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami.

Mahu kenal siapakah si genius disebalik siri animasi Didi & Friends dan Omar Hana? Sinan Ismail, pengarah siri animasi Didi & Friends, merupakan CEO Digital Durian. Bermula dengan kemenangan IPCC 2012, Sinan tidak menoleh kebelakang lagi malah membesarkan lagi empayar beliau. Kejayaannya telah meraih lebih  600 ++ juta penonton dilaman sesawang Youtube sejak tahun 2014 dan tidak lupa juga kejayaan Omar & Hana yang mana telah meraih 35 ++ Juta  penonton di laman sesawang Youtube Sejak 5 bulan lalu.

Apakah rahsia disebalik kejayaan Sinan dan Digital Durian? Kre8tif! 2017 bakal membawakan Sinan dan 2 lagi panel iaitu Sanoop Luka, pengurus kandungan Youtube bagi kategori Keluarga dan Pembelajaran ( Malaysia, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand) dan Tan Chiang Loong, Pengarah Eksekutif, Ed Online Technologies Sdn Bhd. di slot Kre8tif! Kafe: Emergence Of New Media- The Power Of Virtual Collaboration pada 9 Ogos ini.

 

Kre8tif! merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh MDEC, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berperanan untuk membangunkan bahan-bahan kreatif di dalam industri di Malaysia.

Tempah tempat duduk anda sekarang di Kre8tif! 2017.

Untuk pengetahuan lanjut, mengenai Acara Kre8tif! 2017, layari www.kre8tif.mdec.my

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda