Ada Apa Dengan Japanese Film Festival Malaysia 2017?
September 12, 2017
Kisah Perit Pelukis Fenomena Vincent Van Gogh
September 28, 2017

7 Perkara Yang Anda Mungkin Tak Tahu Tentang Animasi Ejen Ali!

0
0
0
Jumlah
0

Siri Animasi popular Ejen Ali kini tampil dengan musim baharu dan telah memulakan siaran mulai 22 September, lalu.  Menurut Usamah Zaid selaku pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animations Sdn Bhd, musim kedua Ejen Ali bakal membawa lebih banyak konflik dan cabaran untuk Ali dan ejen-ejen lain!

Tapi sebelum tu mari lihat 7 perkara yang anda mungkin tak tahu tentang Animasi Ejen Ali!

 

1.Watak Bakar inspirasi dari Abang jual Burger?

Ejen Bakar merupakan watak pertama yang difikirkan oleh Wau Animations. Idea tersebut tercetus melalui seorang penjual burger manakala Watak Ali pula diwujudkan bagi menarik minat kanak-kanak dan watak Comot pula terhasil dari salah satu idea yang dibentangkan.

2.Bagaimana terhasilnya nama Ali

Nama watak Ali terhasil melalui idea Usamah Zaid. Pada pendapat beliau nama tersebut sangat mudah disebut dan digunakan secara lokal dan global. Nampaknya teori nama tersebut telah terbukti berkesan! Kini Ejen Ali turut disiarkan di beberapa buah negara antaranya di Timur Tengah, Afrika Utara dan Sri Lanka.

3.Cabaran awal dalam penghasilan animasi Ejen Ali

Antara cabaran yang dihadapi oleh Wau Animation pada awal penghasilan Ejen Ali ialah apabila mereka mencuba sesuatu kelainan yang baru contohnya kelainan dari segi Rendering bagi menghasilkan animasi yang lebih realistik.

4.Idea bagi menjadikan Jenny sebagai watak pengkhianat

Kalau ikut formatif klise dalam setiap filem berunsurkan ejen pasti akan ada satu watak yang akan menjadi pengkhianat tidak kira sama ada kawan rapat ataupun salah seorang karakter yang berada dalam kumpulan tersebut. Semasa awal perbincangan, Wau ingin menjadikan Ejen Rizwan sebagai karakter yang berpaling tadah. Namun setelah difikirkan ianya agak mudah untuk diteka oleh penonton, akhirnya mereka menjadikan watak Jenny dijadikan sebagai watak supporting antagonist dalam Ejen Ali. Unexpected Plot twist betul!

5.Impak warna, mood dan pencahayaan dalam pendedahan Jenny

Menurut Zali, Art Director Wau Animation, penggunaan warna biru dan kuning digunakan untuk menampakkan situasi yang selamat semasa kehadiran Jenny. Dan apabila Jenny mendedahkan diri beliau yang sebenar,  cahaya biru bertukar menjadi merah yang mana menunjukkan karakter Jenny telah berubah.

6.Apa yang dimaksudkan dengan Override Mode

Menurut Usamah Zaid Override Mode merupakan situasi di mana iris mengawal Ejen Ali dan ia sesuatu yang tak dijangka semasa ianya dicipta.

7.Penggunaan muzik bagi menghasilkan babak lebih epik

Penggunaan muzik juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembikinan Animasi, menurut Azri Yunus iaitu Komposer Wau Animation, beliau menggunakan kord yang tidak pernah dibuat sebelum ini bagi menghasilkan suasana yang lebih epik contohnya semasa perlawanan Ali menentang Uno.

 

Menarik tak trivia ni?  Kalau nak tahu dengan lebih lanjut macamana terhasilnya Ejen Ali ni, anda boleh tonton The Making Of Ejen Ali di  channel Youtube rasmi Ejen Ali dan jangan lupa untuk saksikan Ejen Ali musim yang kedua pada setiap Jumaat jam 5.30 petang di TV3 , Bertindak segera!

0
0
0
Jumlah
0

Tinggalkan Komen Anda